Arkib untuk May, 2007

Kemaskini Pantas 2!

  • Aku ingin bertanya satu soalan. Adakah kelajuan loading blog ini semakin cepat atau semakin lembab? Berikan jawapan anda serta beberapa cadangan. ^__^
  • Ruangan chat/Jom Sembang telah dibuang. Ingin berbicara? Berikan komen pada entri atau gunakan contact form.
  • Bahagian kategori entri dan arkib bulanan telah dialihkan ke page “arkib“. Sila lihat di menu utama. Terima kasih.
  • Aku mengambil keputusan drastik dengan membuang iklan nuffnang buat sementara waktu SEHINGGA pihak mereka berbuat sesuatu tentang kod iklan yang membebankan server/loading. Aku dah pun menghantar emel kepada Timothy.
  • Aku telah menukar layout, menggantikan kotak komen yang baru dan membetulkan beberapa kesalahan koding pada blog ini(belum sepenuhnya dibetulkan). Namun, sekiranya terjumpa apa-apa yang meragukan, sila hubungi aku atau berikan komen pada entri ini. :)
  • Malam ini aku akan bergegas pulang ke kampung(Seberang Jaya) dengan bas TransNasional. Doakan semoga aku selamat sampai ya! ^_^

www atau tiada www?

www atau bukan www

Terima kasih kepada saudara TenthOfMarch di atas entri beliau. Kini baru aku sedar tentang perbezaan antara infomalaya.com dan www.infomalaya.com. :) Kalau nak dikira dari segi Google Pagerank, infomalaya.com=PR3, www.infomalaya.com=PR4. Hairan? Jangan bimbang, aku pun juga hairan..haha..Jadi, perkara yang perlu ditekankan di sini ialah, sekiranya kau, kau dan kau mempunyai domain sendiri, kau perlu memilih sama ada ingin menggunakan www atau tidak. Mengapa? Bagi search engine seperti Google, mereka menganggap infomalaya.com dan www.infomalaya.com adalah dua blog yang berbeza, itu kata ekstreme.com. Jadi sekiranya tidak dibendung, Google akan menganggap salah satu blog itu membuat duplicate content dan akan di’penalize’ atau diturunkan PR. Jadi itulah jawapannya mengapa infomalaya.com=PR3. Mengerti?

Jadi bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?

Ada 2 cara iaitu mengubahsuai fail .htaccess dan menggunakan plugin enforce-www-preference. Untuk blog ini, aku menggunakan cara ke-2. Untuk kepuasan, cuba taip infomalaya.com di ruang address pelayar masing-masing. Kalian akan dibawa secara automatik ke www.infomalaya.com. :) Selamat mencuba!

Ikon, button dan brush percuma!

ikon percuma!

Semalam, Smashing Magazine telah pun membuat entri tentang pengumpulan ikon, button untuk web dan brush untuk photoshop di blog mereka. Yang seronoknya, semuanya percuma dan teramat cantik. Jangan lupa untuk mendapatkannya dan gunakan di dalam blog masing-masing ataupun gantikan ikon di dalam PC, haha.. :)

Tumblr.Com - Blog mudah

Inginkan blog yang mudah? Cubalah Tumblr.Com, :)

Cubaan untuk asides@entri ringkas

cubaan memasang ‘asides’ telah berjaya, lantas dinamakan sebagai kategori ‘ringkas’. Khas untuk entri yang pendek(berita pantas atau links).. :) terima kasih pada Azraai di atas kodnya.

Tentang Advertlets

adverlets.jpg

Advertlets?

Rasanya ramai yang dah tahu tentang Advertlets, salah satu media pengiklanan di Malaysia. Kalau dilihatkan di blog ini, aku telah pun meletakkan banner iklan di sidebar(lihat di sebelah kanan), mungkin lepas ini aku akan meletakkan banner bersaiz 486×60 di atas sebelah kanan pula, itu pun selepas aku redesign theme blog ini, ya, aku akan mengubahsuai ’sedikit’ theme ini, semuanya gara-gara wordpress 2.2 sudah keluar..hehe..Ok, berbalik pada topik asal, pihak Advertlets kini sudah pun mengeluarkan pelbagai saiz dan jenis banner untuk dimuatkan di dalam blog masing-masing, termasuklah Referral links. Jikalau kau, kau dan kau masih belum mendaftar(kalau berminat), silalah berbuat demikian dan seterusnya membuat review mengenai Advertlets di blog masing-masing. Ini kerana, tinggal 6 hari saja lagi dari tarikh entri ini ditulis dan selepas itu, Advertlets akan menutup ruang kepada blogger untuk mendapatkan RM50 untuk review.

Rangkaian Blog?

Kepada blog-blog di bawah Projek Rangkaian Blog InfoMalaya, kalian juga boleh meletakkan iklan Advertlets di blog masing-masing, aku tidak akan mengambil walau sesen pun dari situ. :) Sedikit masa lagi, aku akan mengumumkan blog-blog yang sedang diusahakan di bawah projek ini, tapi bukan sekarang, itu semua adalah fasa kedua projek, fasa pertama dah menghampiri penghujungnya..hehe..

Sekian saja dari aku..

Sah! Google beli FeedBurner

Hari ini Google mengesahkan usaha mereka untuk menguasai internet dunia dengan membeli FeedBurner, sebuah syarikat yang menguruskan berjuta RSS Feed setiap hari. FeedBurner di’gunakan oleh kebanyakkan blogger profesional di’seluruh dunia & juga mempunyai rangkaian pengiklanan tersendiri yang di’panggil FeedBurner Ad Network (FAN).

FeedBurner di’mulakan dengan modal kapital $10 juta & kini ROI(Return In Investment) yang di’terima FeedBurner melebihi apa yang mereka laburkan pada 2003. Cuma empat tahun beroperasi, suatu perniagaan yang bijak & sangat berkesan apabila Google menawarkan $100 juta.

Di Malaysia, aku tidak lihat lagi trend yang menghampiri fenomena begini. Insya-Allah satu hari, industri blog di Malaysia akan semeriah di’sana.

Tahniah FeedBurner dari InfoMalaya.com

[via TechCrunch]

Review - eBook Rahsia Trafik Percuma

Rahsia Trafik Percuma

Ebook Rahsia Trafik Percuma ini ditulis oleh dua orang blogger yang pernah aku jumpa, iaitu Am dan Aman. Aku dah baca ebook ni, :) Apa yang aku boleh katakan tentangnya ialah, amat bagus untuk dibaca DAN dipraktikkan sekiranya kita inginkan lebih ramai pelawat lagi ke blog kita. Rupa-rupanya banyak perkara yang aku terlepas pandang mengenai cara membina trafik disenaraikan di dalam ebook ini, hehe…Dan mungkin aku dapat menaikkan lagi jumlah pelawat blog ini kepada > 2000 sehari, sebab sekarang paling tinggi pun 1400 sahaja sehari..Syabas aku ucapkan kepada Am dan Aman. Tak perlu bayar apa-apa untuk ebook setebal 13 mukasurat ini, percuma ja. :) Sila ke blog StarStreet untuk memuat turun ebook ini.

p/s: gambar aku kebas dari blog Aman,hehe..

Kemaskini Pantas 1

Sebagai pemula bicara, minta maaf sebab terLALU lama tak update, minggu lepas dan sehingga esok pagi, aku ada tugasan dan exam, tapi exam dah abis, tinggal nak hantar tugasan ja..Nak dijadikan cerita, aku kena pergi kursus Intel sampai khamis ni..huahuahua..Jadi, berikan aku masa ya. :) Kalau ada yang marah-marah sebab aku tak post entri baru, aku minta maaf lagi sekali, tak sengaja wei, nak menulis entri bukan senang..hehe..Jadi untuk meng’cover’ keadaan, aku postkan beberapa entri pendek untuk tatapan semua..hehe..

  • Siapakah yang bakal merangkul komentator terbanyak di Mohd Ismail dot com? Azhar Ahmad? AzwanHadzree? atau Kasyah?hehe..mungkin lepas ni aku akan menggunakan idea bernas Mael di blog ini..siapa tahu, kan? Ada sesiapa yang ingin menjadi penaja?hehe..
  • Forum WangCyber sedang mengadakan kempen Celik Duit Internet untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang perbezaan antara PERNIAGAAN dan PELABURAN internet, baca jangan tak baca.
  • Blog ini merupakan antara referer terbanyak ke English180.com( dulu dikenali sebagai Thinkglish.Com) , ini menunjukkan rakyat Malaysia bersemangat untuk belajar bahasa Inggeris..hehe..
  • Aku sudah bosan dengan Nuffnang, mungkin lepas ni akan mencuba Adverlets pula( sedang cuba, jangan lupa letak survey,hehe), jika pihak nuffnang membaca entri ini, sila jelaskan kenapa sudah berminggu-minggu tiada iklan di blog ini, adakah infomalaya sudah tidak laku?haha.. ^_^

Inkscape - Alternatif kepada Adobe Illustrator

Screenshot Inkscape

Ingin melakar imej vektor? Saranan aku, gunakan Inkscape, perisian ini mudah untuk digunakan(tapi kena la rajin cari tutorial), dan hasilnya amat memberangsangkan..Output disimpan dalam format .svg (Scalable Vector Graphic) dan boleh dieksport ke format bitmap. Aku menggunakan perisian ini untuk projek buku kanak-kanak aku. Taklah lawa sangat tapi aku cukup berpuashati..hehe :) Ops, sebelum terlupa, perisian ini PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Inkscape.Org.

Hasil penggunaan

Selamat Hari Guru 2007

Selamat Hari Guru

Hari ini 16 Mei, jadi hari ini ialah hari untuk semua cikgu-cikgu di sekolah.. :) Semoga kita semua mengenang kembali susah payah dan jasa seorang untuk mendidik kita dahulu..Dan tak lupa juga kepada bakal-bakal guru, semoga menjadi guru yang berbakti di masa depan..

p/s: Selamat Hari Guru..Tahun 2010 InsyaAllah aku akan mula mengajar di sekolah.. :) Doakan aku ya!

Sputtr - Enjin Carian terkumpul

Sputtr beta

Terima kasih kepada Xero sebab berkongsi info pasal Sputtr ini. Untuk pengetahuan semua, Sputtr. beta ini ialah satu enjin carian yang menggabungkan dan memudahkan carian kita. Sebab apa? Dalam laman web berkenaan, terdapat lebih 30 enjin carian, bookmarking sites, database dan yang sewaktu dengannya untuk kita pilih. Caranya ialah, menaipkan kata kunci kita di ruang yang disediakan, lepas tu klik mana-mana enjin carian atau servis yang kita inginkan..Mudah bukan? :) Selamat mencuba..

p/s: Minta maaf sebab jarang update, aku ada final exam Isnin ni..Juga sebelum terlupa, kepada blogger-blogger yang bernaung di bawah Projek Rangkaian Blog InfoMalaya, sila hantarkan CV anda dengan segera..hehe.. :)

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..miahaha…Terutama sekali kepada ibu aku, Hasnah Ahmad, kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama abang dan adik aku, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang..Kaulah pertama hatiku.. Untuk semua, hayati sajak yang telah dibuat oleh kawan aku sempena hari ibu ini..

Selamat Hari Ibu

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Hasil nukilan:

Rozaimie

Logo InfoMalaya.com

InfoMalayaDisebabkan infomalaya belum ada lagi logo, jadi aku pun buatlah logo macam kat sebelah ni..hehe..Untuk pengetahuan semua, gambar pada bahagian header tu, bukanlah logo sebenarnya, aku sengaja/main2 buat ja tu, jadi takleh la dianggap logo..Logo ni untuk kempen pilihanraya projek rangkaian blog infomalaya, nanti tiap-tiap blog atau program yang dianjurkan akan diletakkan banner/logo ini..Maaf, mungkin logo ni nampak terlalu simple atau cikai, tapi ianya adalah hasil idea dan inspirasi aku selama ni, iaitu warna hijau(warna mungkin boleh divariasikan lagi) ialah warna tema infomalaya sekarang, dan tagline “bukan sekadar blog” amat sesuai sekali untuk blog ini, pada pendapat aku la, mungkin orang lain fikir lain,hehe..Dan yang paling penting, aku mementingkan kekemasan dan ’simplicity’. Aku ni bukannya orang seni sangat lagipun.. :) Jadi, sekarang aku nak tahu apa yang bermain di fikiran kau, kau dan kau tentang logo ini..Lontarkan di ruangan komen supaya senang aku membuat refleksi dan menjawab..hehe..

p/s: kepada penulis-penulis infomalaya(penulis tetap,penulis jemputan dan blogger di bawah rangkaian blog), diminta menghantar emel yang mengandungi gambar/avatar(saiz minima 100px) anda, dan butiran mengenai diri anda(ikut kreativiti), kerana maklumat ini akan digunakan untuk dimuatkan dalam bahagian biografi ataupun profil.. :)

Jejak Misteri(Edisi UiTM Arau)

Sebagai pembuka bicara, minta maaf sebab dah 2 hari tak buat entri baru..huhu..Tengah takda mood sebenarnya ni..Tapi takpa, sekarang dah ada mood balik..hehe..Baru-baru ni, membe aku ada maklumkan yang video ‘Jejak Misteri’ mereka dah di’upload’ ke YouTube, jadi senang la skit aku nak blog pasal video tu..Video ni dibuat pada pertengahan 2004 yang lepas, memang dah lama, aku memang tak berlakon masa tu sebab aku dah tukar bidang dari programmer ke cikgu sekolah..hehe..Kredit kepada semua yang terlibat dalam pembikinan video ni iaitu Chot,Jep,Redz,Nuar,Pet,Edi,Sonata,Cikun aka ck-x,Lan porke,Zahid,Fuad, dan semua kawan2 lama aku yang kini sedang sambung degree masing2 dan juga yang dah berkerja..Ada rezeki kita jumpa lagi.. :)

Ini Bahagian 1

Ini Bahagian 2

Nak download?

Ini lak url ke video video berkenaan:

Semoga terhibur! :)

Halaman 2 daripada 3«123»

Arkib InfoMalaya

Mengikut Kategori


Mengikut Bulan

Atau, mengikut kata kunci:

Tentang InfoMalaya

Masukkan emel untuk melanggan RSS infomalaya:

Dibawakan oleh FeedBurner