Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Tentang Advertlets

Tentang Advertlets

adverlets.jpg

Advertlets?

Rasanya ramai yang dah tahu tentang Advertlets, salah satu media pengiklanan di Malaysia. Kalau dilihatkan di blog ini, aku telah pun meletakkan banner iklan di sidebar(lihat di sebelah kanan), mungkin lepas ini aku akan meletakkan banner bersaiz 486×60 di atas sebelah kanan pula, itu pun selepas aku redesign theme blog ini, ya, aku akan mengubahsuai ’sedikit’ theme ini, semuanya gara-gara wordpress 2.2 sudah keluar..hehe..Ok, berbalik pada topik asal, pihak Advertlets kini sudah pun mengeluarkan pelbagai saiz dan jenis banner untuk dimuatkan di dalam blog masing-masing, termasuklah Referral links. Jikalau kau, kau dan kau masih belum mendaftar(kalau berminat), silalah berbuat demikian dan seterusnya membuat review mengenai Advertlets di blog masing-masing. Ini kerana, tinggal 6 hari saja lagi dari tarikh entri ini ditulis dan selepas itu, Advertlets akan menutup ruang kepada blogger untuk mendapatkan RM50 untuk review.

Rangkaian Blog?

Kepada blog-blog di bawah Projek Rangkaian Blog InfoMalaya, kalian juga boleh meletakkan iklan Advertlets di blog masing-masing, aku tidak akan mengambil walau sesen pun dari situ. :) Sedikit masa lagi, aku akan mengumumkan blog-blog yang sedang diusahakan di bawah projek ini, tapi bukan sekarang, itu semua adalah fasa kedua projek, fasa pertama dah menghampiri penghujungnya..hehe..

Sekian saja dari aku..



6 respon untuk entri “Tentang Advertlets”

  1. [...] SilverHorseGunnySack and Infomalaya write about the 6 more days left [...]


  2. [...] tutup plak dah dekat…aku baru je bace review pasal Advertlets di Advertlets@infomalaya yang mengatakan,tarikh tutupnyer 31 May 2007 ….lepastu,aku pun check kat [...]


  3. mohdismail (#)

    Bat, Fotografi terpaksa di’letakkan dalam mood hiatus buat sementara.. :) maaf teramat sangat.. tidak aktif di’dalam fotografi membuatkan aku tidak punya idea untuk menulis.. :)

    balik kampus nanti aku ligat balik.. peace!


  4. Bat (#)

    @mohdismail: hiatus?apa itu hiatus? sama makna ngan hibernasi ka?hehe..ok2, tak mengapa, cik famia kita apa cerita?


  5. chah_el (#)

    nak bt review cmne ek psl advertlets..??


  6. Suray - Suray's Words - SurayBlog (#)

    Awak baru coba Adverlets, awak harap duit dapat cepat datang dengan Advertlets, awak baru coba beberapa minggu, ramai rasanya dan blog jadi penuh advertising.

    suray,
    http://surayblog.blogspot.com


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen