Arkib

mybloglog

Aku jamin mesti ramai blogger yang tau dan sudah daftar ahli untuk MyBlogLog ni, sebab tiap-tiap blog yang aku selalu masuk, kebanyakannya dah ada profil masing-masing, siap dah pasang widget dia dalam blog lagi.. :)

Jadi sebab apa aku nak blog lagi pasal benda ni?

Jawapannya mudah, ramai orang salah faham, benda ni sebenarnya orang yang tak ada blog pun boleh join..Ianya sebenarnya untuk pembaca blog kita. Jadi kepada pembaca blog ini atau pun blog-blog lain, iaitu kau,kau dan kau jugak, boleh join. Serlahkan identitimu supaya aku tahu ada insan yang kacak dan segak bergaya telah membaca blog aku..hehe..Lagipun, rasanya rata-rata remaja di Malaysia, yang sering online, mempunyai akaun Friendster dan MySpace, jadi letaklah url profile atau blog kalian di situ..Jangan lupa masukkan gambar sekali ya dalam profile MyBlogLog..hehe..Lagi pun, semalam aku perasan yang kita boleh memaparkan status twitter di dalam profile MyBlogLog kita..Untuk penerangan tentang twitter, boleh rujuk entri berkenaannya di sini.

Status MyBlogLog untuk InfoMalaya

Ketika entri ini ditulis, jumlah ahli untuk komuniti infomalaya telah mencecah 58 orang, kalau berminat, bolehlah kiranya menaikkan lagi jumlah ahli komuniti infomalaya dengan mendaftar di Mybloglog dulu, pastu dah ada akaun baru leh join..

Kebaikan MyBlogLog?

  • Aku dapat kenal dengan lebih mendalam tentang pembaca blog ni.
  • Dapat menambahkan lagi visitor blog ini.
  • Selepas menjadi ahli dan meletakkan widget MyBlogLog dalam blog, kita dapat melihat/monitor prestasi blog kita dari segi jumlah pelawat, dari mana datang, dan apa yang pembaca klik dalam blog kita..
  • Seperti biasa, letakkan di sini apa tertinggal di bahagian komen.. :)

Kelemahan MyBlogLog

  • Menambahkan pageload, sebab gambar-gambar dalam widget MyBlogLog diambil dari Amanz Amazon.Com.
  • Kena upgrade ke akaun Pro untuk memaksimakan penggunaan servis ni..Maknanya kena bayar 25$ untuk setahun..Tapi aku guna versi FREE ja, dah cukup buat masa sekarang.. :)
  • Ada lagi yang aku tertinggal? Letak kat ruang komen..hehe

Kesimpulannya..

Aku suka servis ni, hehe..Tapi mungkin orang lain tak sependapat ngan aku..Jadi apakah perasaan.persepsi anda di luar sana? hehe :)

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://www.infomalaya.com

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 10 respon untuk entri “MyBlogLog - Serlahkan Identiti anda!”

  1. Komen dari mohdismail · May 6, 2007 @ 2:07 pm

    aku suka..
    boleh tengok siapa yang datang ke weblog kita walaupun orang itu tak tinggalkan komentar..

    :)

  2. Komen dari Wizurai · May 6, 2007 @ 3:00 pm

    aku malas nak taruk kat sidebar…

  3. Komen dari versimelayu · May 6, 2007 @ 3:49 pm

    yerp.. memang menarik servis ni. selain dari widgets yg diaorg bagi untuk ditampal ke blog² @ web² kita.

    kita jugak boleh gunakan sebagai satu identity seperti avatar.

    Bagi pengguna yang menggunakan enjin wordpress boleh gunakan avatar dari mybloglog bagi setiap komen di laman blog anda. kita perlu download plugin di

    http://www.napolux.com/projects/myavatars/

    So hasilnya setiap komen di blog anda akan tertera avatar dari mybloglog.

    sebagai contoh. lawat http://www.versimelayu.com/

  4. Komen dari awqi_zar · May 6, 2007 @ 4:26 pm

    heee,yg beshnye psal mybloglog nie kiter bole detect ape yg user klik..yg gune adsense tu,mybloglog bole tgk iklan mcm mne yg user klik..so,mnde nie bole d’jdikan sbgai alat utk m’kaji iklan mne yg seswai utk blog kiter(yg org t’tarik nk klik)..yg xbesh nyer,kiter akan dgn secara otomatik join komuniti blog yg kiter lawati..kalo 100blog kiter lawat..100 komuniti la kiter join..mcm spam la plok..tp rsenye bole d’disablekn mende nie..mmm..

  5. Komen dari aman · May 6, 2007 @ 6:29 pm

    camne boleh samakan nama aku ngan amazon..hahaha

  6. Komen dari am · May 7, 2007 @ 8:05 am

    yerla… satu yang am suke sebab dia boleh track iklan yang di click kat page kita… cam adsense am… tu ar yang bestnye…

    lain2 boleh tengok orang yang masuk… sebab selalu kita buat kunjungan balan dengan orang yang bagi komen jer… tapi yang ni kalau tak komen pun kita tau sapa die yang datang blog kita…

  7. Komen dari azwanhadzree · May 8, 2007 @ 11:55 pm

    aku baru perasan yg PR utk mybloglog aku dah 5. kalau lah ada cara nak monetized on it, kan best

  8. Komen dari siapa elo · May 15, 2007 @ 5:59 pm

    hola….
    saya datang dari Bandung, Indonesia.

    terima kasih banyak atas infonya.

    salam,

    Siapa Elo

  9. Komen dari Bat · May 16, 2007 @ 8:54 am

    @siapa elo: jauhnya datang..sama2, rajin2 datang la lagi.. :)

  10. Komen dari atika_and_naruto · October 27, 2007 @ 4:11 pm

    saya nak buat blog saya

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.