Arkib

Idea untuk mengadakan kempen kesedaran scam ini timbul selepas saya terbaca dua keratan akhbar iaitu Student falls victim to Net scam dan Millions lost in e-invest scam. Artikel pertama tersebut menceritakan bagaimana seorang pelajar berusia 20 tahun ditipu duit sebanyak RM148,000. Apa yang membingungkan saya ialah dia ditipu oleh sindiket yang sama dua kali berturut-turut. Baru-baru ini, satu kes scam juga baru dilaporkan dalam akhbar bertajuk, “Betting on ‘winning digits’ led deliveryman to lose everything“.

Pelbagai usaha telah diambil untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang scam. Namun, kes-kes sebegini masih berlaku. Ini adalah disebabkan sikap tamak si mangsa. Selain itu, saya percaya kempen kesedaran yang diadakan selama ini adalah kurang berkesan.

Maka, tercetuslah idea untuk mengadakan kempen kesedaran scam melalui blog. Pengaruh blog adalah besar. Ramai rakyat Malaysia membaca blog untuk mendapatkan berita atau maklumat terkini. Oleh itu, saya percaya mesej kempen ini dapat disalurkan kepada suatu kumpulan pembaca yang besar.

Harapan saya adalah untuk mendapatkan sekumpulan blogger yang sanggup menyertai kempen ini. Bagi sesiapa yang ingin turut serta, anda cuma perlu menulis sekurang-kurangnya satu artikel tentang scam setiap hujung bulan (contohnya 31/5, 30/6, 31/7 dsb.). Kandungan artikel tersebut bergantung kepada anda sendiri. Anda boleh menulis tentang cara mengenalpasti scam, teknik-teknik scam terkini, dan sebagainya.

Kempen kesedaran ini terbuka kepada semua, tidak kira sama ada anda rakyat Malaysia atau tidak. Ini adalah kerana kes scam berlaku di seluruh dunia. Berikut adalah senarai blog yang telah menulis tentang scam:

1. Lottery Scam (Bahasa Cina)
2. Buat duit dengan mudah di’internet?Baca ini dulu! (Bahasa Melayu)
3. Of scams and pissing them off (Bahasa Inggeris)
4. Lampe Berger (Bahasa Inggeris)
5. This is NOT a scam? (Bahasa Inggeris)

Harapan asal saya adalah supaya tidak berseorangan dalam kempen ini. Sekarang, saya berharap dapat menggandakan bilangan ahli dalam kempen ini.

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh TenthOfMarch

Laman web penulis : http://www.tenthofmarch.com/

Sudah ada 13 respon untuk entri “Kempen Kesedaran Scam Post #1”

  1. Komen dari awqi_zar · May 2, 2007 @ 10:12 am

    Scam?Wah,sy ade pengalaman nie..Sob2,sadis btol..Seb baek tak mcm budak tue..I lost USD20..Waaa..

  2. Komen dari hanneng · May 2, 2007 @ 10:22 am

    Hi 10/3,
    kita perlu mendidik orang ramai tentang macam-macam scam, being online atau offline scam.

  3. Komen dari -fuQaHa- · May 2, 2007 @ 2:24 pm

    scams mcm ni ade byk kat ipta.. aku yg kat UM pon terase bahangnye. Ade member aku kena tipu gak, lesap rm8000 cash! Takpe, dia mmg org kaya.. boleh di jadikan pengalaman, tapi kalo aku/org lain yg kena, takke naye tuh?

    huhu.. kena pandai-pandai fikir la.. since bak org kate,’Duit cepat datang, cepat jugak keluar’.

    =)

  4. Komen dari TenthOfMarch · May 2, 2007 @ 4:50 pm

    @awqi_zar
    Anggap sebagai pengajaran. Nasib baik cuma USD20 dan bukannya USD200.

    @hanneng
    Ya. Scam wujud online dan offline. Kita perlu berhati-hati dan kenalpasti antara scam dan peluang sebenar.

    @-fuQaHa-
    Wow! RM8000? Saya pasti “ganjaran” yang dijanjikan sangat lumayan. Tapi, tak mungkin ada peluang untung yang sebegitu.

  5. Komen dari mohdismail · May 2, 2007 @ 6:08 pm

    he he..
    insyaAllah ada Part 2 nnt..
    :)

  6. Komen dari Bat · May 2, 2007 @ 6:50 pm

    @TenthOfMarch: terima kasih ya sebab sudi luangkan masa menulis entri yang berisi ni.. :)

    Terus terang aku cakap, pengetahuan aku memang agak cetek pasal scam ni..Tapi aku takda la join, dah terbiasa kalau ada org ajak join apa2 program jana duit, memang aku tolak dengan berkata..”tengoklah dulu..” hehe, pastu buat-buat lupa.. :)

  7. Komen dari xeroxaven · May 3, 2007 @ 7:55 am

    wah..menarik artikel nih.. :D
    aku kalau scam yg nak buat duit tuh takde la..tp aku ade terkene scam yg melibatkan pembelian..dlm 40USD gak.. :(

  8. Komen dari adib. · May 3, 2007 @ 1:38 pm

    member aku dapat..mati2 dia cari spe yang adew acc BCB so dia leh transfer duit kt natang yang x tanggung jawab nih..

  9. Komen dari aman · May 3, 2007 @ 2:44 pm

    ramai tul penulis infomalaya nie skrang.. :D

  10. Komen dari -fuQaHa- · May 3, 2007 @ 5:36 pm

    @bat,

    bagus tuh.. bg aku, ape2 yang buat duit cepat confirm aku tak join.. memenda mcm ni utk org yg malas n harap duit masuk je..

    and suppose he got the money, usually he waste it quickly coz there is no appreciation of his easily earned money.

    thats why our parents (or at least my mom n dad) always ask me to save my pocketmoney (their hard earned income).. but i usually failed anyway..

    haha..

    =)

  11. Komen dari TenthOfMarch · May 3, 2007 @ 11:43 pm

    @Bat
    Sama-sama. Terima kasih kerana jemput saya sebagai guest blogger.

    @xeroxaven
    Ada macam-macam scam dan teknik untuk menipu duit mangsa. Anggap sebagai pengajaran dan beritahu rakan-rakan lain supaya mereka tidak tertipu.

  12. Trackback dari Adib · May 5, 2007 @ 2:11 pm

    Panggilan Telefon Berunsur SCAM…

    Diterima pada jam 8:30 pm.
    Hahahah padan muka dia. Ayah aku seorang yang bijak. Terus menerus dia tanya operator hadiah apa yang akan dia dapat. Akhir sekali operator tu letak telefon dan dengan senang hatinya ayah aku ketawa-ketawi. Memang padan muk…

  13. Komen dari Vasileios · January 3, 2008 @ 11:16 am

    Interesting…

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.