Selamat malam (itu kepada mereka yang datang di waktu malam), dan selamat sejahtera buat semua ^__^. Di sini aku ingin memaklumkan beberapa perkara yang mungkin berguna untuk para pembaca di sini..
Bulan Jun ini, aku akan mewujudkan ruangan “komentator paling rajin” di blog ini. Syaratnya mudah saja, jangan spam..hehe..Dan InsyaAllah aku akan menyediakan hadiah untuk kau, kau dan kau, termasuk kepada para pembaca senyap di blog ini(mungkin lepas ini kau ingin memberi komen, bukan?). Dan aku juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi penaja hadiah(sekiranya ada, kontek aku). Hadiah yang aku akan sediakan, cukup eksklusif sebab aku yg buat sendiri(perasan habis!!haha), iaitu sticker custom made yg akan memaparkan URL blog masing-masing. Amat sesuai dilekat pada belakang laptop atau kereta mahu pun motosikal..Dan aku akan menghantarnya dengan pos terus ke depan pintu rumah.. ^__^ Terima kasih kepada Mael di atas konsep yang begitu mantap ini..
Aku sudah mengubahsuai sedikit rupa blog ini, apa pendapat kau? Aku bercadang ingin memantapkan lagi bahagian senarai komen(aku sudah dapat idea unik..hehe) dan footer supaya pembaca lebih seronok dan teruja melayari blog ini.
Akhirnya, Kasyah dinobatkan sebagai komentator teraktif bulan Mei di MohdIsmail dot com. Tahniah diucapkan.. ^__^ Aku kepingin untuk menjadi penaja di sana..Harap Mael dapat memberi maklumbalas dengan kadar segera..
Flisterz.Com sudah menggunakan theme baru untuk blognya, mungkin kau ingin melihat rupa baru blognya yang agak fantastik itu.. ^__^
Aku kini senasib dengan Aman dan Mael sebab kena pergi CC untuk online..haha..Tapi itu bukan satu masalah besar, bukan? ^__^
Panggilan terakhir kepada bloggers Projek Rangkaian Blog InfoMalaya, sila hantarkan butiran diri anda berserta avatar. Atau aku akan bertindak ‘nakal’ dengan mereka sendiri ayat-ayat untuk kalian..haha.. ^__^