Pintasan ke kandungan utama

Hantar Pautan

Blog / Arkib / Etika ketika berBLOG, perlukah?

Etika ketika berBLOG, perlukah?

etika?Berdasarkan komen yang diberikan oleh saudara ck-x mengenai entri ini, aku berasa ingin menulis mengenai etika ketika berBLOG, mengapa ya? Walaupun aku tidak lagi layak dipanggil problogger, namun izinkan aku menulis dari perspektif aku sendiri, sila betulkan aku jika ada tersalah di mana-mana, aku bukan pencinta wanita, eh silap, bukan manusia sempurna..haha..Ok, cukup la setakat tu..Er boleh kita mulakan sekarang? :)

Dari pendapat aku, semua orang yang ingin berblog PERLU mengikut etika atau pun beretika ketika menulis entri masing-masing, KERANA :

  • Setiap entri yang kita tulis, akan ada orang yang akan membacanya..
  • Ada orang/golongan yang akan terasa hati sekiranya kita menulis tanpa etika yang betul.
  • Inginkah kau dilabel sebagai pem’plagiat’ sekiranya tidak meletakkan kredit di atas entri yang kau cedok dari tempat lain?
  • Supaya pembaca dapat meyelami dan menilai apakah mesej yang ingin kau sampaikan dengan BETUL.
  • Seperti biasa, letakkan sendiri hujah-hujah yang kau rasakan betul/sesuai di ruangan komen.. :)

Mari kita lihat apakah etika-etika yang perlu diikuti.

Sebelum kita mulakan, ingin aku nyatakan di sini, etika-etika di bawah TAK semestinya betul 100 peratus, jika ada kesilapan atau penambahan, sila maklumkan di ruangan komen. Ok, mari kita mulakan :

  • Sekiranya kau menulis tentang sesuatu yang berkaitan dengan fakta, PASTIkan ianya betul dan disokong oleh beberapa sumber atau bukti yang kukuh.
  • Jikalau kau mengambil gambar, idea atau kandungan entri dari blog lain, JANGAN lupa memberikan kredit dengan meletakkan ‘links’ atau sumber dari mana ia diambil, sekurang-kurangnya penulis asal entri tersebut tidak menaruh perasaan marah atau terkilan dengan perbuatan kau. Tidak salah sebenarnya mengambil, aku pun begitu juga, tapi jangan lupa meletakkan kredit sebagai tanda terima kasih..
  • Tulislah dengan bahasa yang indah, indah di sini bukan bermaksud bahasa berkias, berbunga atau yang seangkatan dengannya, tapi bahasa yang tidak kasar, tidak menyinggung perasaan dan melukakan hati dan perasaan orang lain..Ohh..
  • Jangan sesekali kau menyuruh orang lain/pembaca bersetuju dengan pandangan kau, kerana siapa kau untuk menyuruh mereka berbuat demikian..Setiap orang mempunyai hak dan pandangan masing-masing..
  • Sekiranya kau tersilap atau tersalah ketika menulis entri, jangan berasa segan untuk meminta maaf dan membetulkannya, kau tahu kan tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini melainkan Nabi Muhammad s.a.w? Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan..
  • Kalau kau memberikan ulasan tentang sesuatu, jangan sesekali bias atau bersikap berat sebelah, tapi ianya berlainan sekiranya kau memberikan pendapat kau, tak faham? Andaikan sekiranya kau menulis mengenai wordpress, walaupun ianya bagus, jangan memperlekehkan cms yang lain, kau cuma dapat memberikan pendapat kau sahaja, ingat ya, pendapat kau boleh menjurus ke arah positif dan negatif..Janganlah kau ingin menaikkan sesuatu, tetapi pada masa yang sama, kau menjatuhkan pihak yang lain..
  • Jangan sesekali meyentuh soal perkauman, isu-isu yang dapat menjadikan kau buruan ISA dan isu-isu lucah..Teruskan sekiranya kau mahu disaman..hehe
  • Ada lagi?tambahkan di ruangan komen ya, aku juga ingin mengetahui etika-etika lain yang elok untuk dikongsi..

Kesimpulannya?

Berbalik kepada tajuk entri ini, perlukah semua etika ini? Kalau ditanya pada aku, mestlah perlu, cuma aku ingin tahu pendapat kau, kau dan kau di sana..Berikan pendapat kau ya. :)

Rujukan tambahan

Klik sini



15 respon untuk entri “Etika ketika berBLOG, perlukah?”

  1. novatech (#)

    isu isu lucah takleh ke bat?
    oops! >_>


  2. arynet (#)

    setuju.. mmg perlu etika nih..


  3. chah_el (#)

    emm..mmg setuju gak ngan etika nie..so take the right action.. :D


  4. aad_lfcfn (#)

    Ethics is a general term for what is often described as the “science (study) of morality”

    pendapat saya? etika lain: jalinkan hubungan dengan semua bloggers dengan sama rata. percayalah, we are what we give to others. The more we give, the better we will become. :D

    novatech: isu isu lucah takleh ke bat?
    oops! >_>

    hehe bro, sokong ni..! mari kita banteras pornography dlm m’sia ni dengan menjadikan ia sebagai satu yang tidak beretika!


  5. aman (#)

    hehehe…kira cam praturan skola gak ar kan.. :D


  6. ck-x (#)

    em..macih bat hang tulis psl etika ber’blog’ nie..walaupun ringkas tp kurang2nya ada gak isu serius dlm IM nie..aku harap lopas nie byk lg isu2 serius yg hang akan tulis..bukan apa aku buka sesetengah blog asyik tumpu pd hiburan jer…AF sana,filem sini, penyanyi sinun…apakata wat kandungan yg serius tp ringkas jer…sbb skang muda mudi dh mls nak pikir…yg depa pikir :
    1.naper la aku xder awek?
    2.naper siti kahwin ngan org ‘lama’?
    3.naper la dia nyanyi bagus tp tkluar plak minggu nie?

    itu pndpt aku la…pemikiran bgtu bukan xleh tp amik saja sbgai 10% dlm kehidupan yg lebih fikir apa2 saja secara kritikal.amik masa 30 minit ke cuba pikir sesuatu yg menjana minda.
    sbb tu aku cadang hang try tulis sesutu yg serius dan boleh difikirkan bersama2.hiburan tu mmg perlu tp biarla berpada2.aku pn wat benda lagha gak mcm main game online, merapau ntah apa2 tp kdg2 tu ada gak keseriusan dlm hidup aku..em…seriusnya aku..
    mcm tu gak ngan IM..aku hrp boleh bgtu.
    isu yg serius pn hrp pengomen pn cuba serius gak..bg pendapat anda… kira itu termasuk dlm bab etika gak la… etika memberi komen…

    pesanan penaja:kalo ada yg terasa… lantak kat hangpa la… wakaka..lgpun aku kannyer suka nak jd budak baik.. boleh ke kita nak amik hati semua org dgn cuba tahan kentut ketika berada di tempat ramai org?


  7. al-Marbawi (#)

    alamak ck-x… terasanya aku… hehehe…


  8. ck-x (#)

    aku pn terasa gak walaupun aku yg tulis…wakaka..serius..serius…


  9. manchurr (#)

    wahh! bagush2 entri ni.. one step closer tu problogger hehe


  10. Bat (#)

    @nova: ^__^ huhuhu..

    @Chahel: ya..tenq..

    @fuad: ya, kiranya tak bersikap pilih kasih, layan semua sama rata..trima kasih.. :)

    @ck-x: ehem..komen ni pun kadang-kadang, aku sebagai penulis, kena amik dari segi positif..cuma ada la beberapa komen yg betul2 sarkastik yg terpaksa dipadam..huhu..

    @al-marbawi: lepak la ajib..itu kan luahan perasaan..baca entri aku sebelum ni.. :)

    @manchurr: hehe..takleh la jadi problogger, kena pikir pasal sekolah..ohh.. :-)


  11. Rizal (#)

    Hidup memang perlu beretika. Begitulah pada segalanya. Tetapi manusia ini suka melanggar etika kerana tu dipanggil manusia. Sebab manusia makhluk yang sukar dijangka.(apa tah aku merepek ni)
    :D


  12. shadowX_19 (#)

    huhu.. tambah lagi pengetahuan aku hari ni.. mane ko dpt artikel ni bat.?


  13. Bat (#)

    @Rizal: ya, betul tu, sebab tu kita kena saling ingat dan memperingati antara satu sama lain..hehe

    @shadowX: Aku tulis atas apa yang dapat selama berblog ni, tapi aku rujuk gak dengan pakcik google..hehe..link dia aku dah letak dalam post..


  14. pudica (#)

    setiap apa yg kita lakukan mmg perlukan etika spy kita x tersasar dr matlamat asal kita..


  15. norazlinah (#)

    Etika saya dah tahu tapi kalo nak tahu kesan positif atau negatif blog kepada masyarakat boleh x?


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen