Blog / Arkib / Mengapa Perlu BLOG?

Mengapa Perlu BLOG?

Blog?

Sudah lama rasanya tidak menulis dengan serius.. :) Maafkan aku ya wahai rakan-rakan.. Jadi berbalik pada topik asal kita kali ni, “MENGAPA PERLU BLOG?“..Sila fahami dahulu soalan ini, aku risau jika ada orang yang salah menafsirkannya…

Apa itu BLOG?

Ini untuk pembaca yang baru sahaja, blogger atau pembaca yang sudah arif, bolehlah abaikan bahagian ini, tiada paksaan..hehe..Baiklah, blog merupakan singkatan daripada perkataan weblog atau dalam bahasa melayunya, log web. Ianya bercorak jurnal dan entri(tulisan) disusun dalam turutan kronologi. Iaitu entri terbaru akan sentiasa berada di atas entri yang sebelumnya. Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah melihat sendiri bagaimana Wikipedia menakrifkan apa itu blog.

Mengapa BLOG?

Sebab utama kebanyakan pengguna internet memilih blog ialah:

  • Senang untuk diuruskan.
  • Banyak servis yang menawarkan blog secara percuma.
  • Ringan dan tidak memberatkan server(melainkan kau isi dengan lagu2 mp3, dan yang seangkatan dengannya).
  • Mempunyai ciri-ciri jurnal online, diari dan juga boleh dijadikan photoblog untuk tatapan rakan taulan serta mak mentua..wahaha
  • Dan lagi…Tambahkan sendiri ya, letakkan di ruang komen jika sesiapa ada pandangan atau info tambahan, hehe..

Untuk apa BLOG ini?

Ada yang masih tertanya-tanya tujuan blog diwujudkan di dunia internet ini? Sila rujuk pandangan aku tentang hal ini di bawah :

  • Untuk berkongsi pendapat dalam apa jua bidang/idea/minat/ilmu , berkongsi itu banyak kelebihannya tau..
  • Untuk menjana pendapatan tambahan/tetap daripadanya..Banyak yang dah buat duit dengan blog, tapi AWAS, mereka yang berjaya dengan blog ni, usaha mereka bukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja, jadi fikir-fikirkanlah, jangan kau masuk skim taik cepat kaya atau menipu orang sudah..
  • Sebagai portfolio online bagi mereka yang bergelar designer atau programmer. Tahukah kau, kau dan kau bahawa negara kita mempunyai ramai designer/programmer muda yang berbakat?
  • Sebagai tempat meluahkan perasaan/coretan hidup/rasa tidak puas hati di dalam hidup. Sememangnya aku akui menulis blog dapat melepaskan tekanan..
  • Ada kalanya blog juga menjadi tempat untuk insan-insan teraniaya membela nasib mereka dengan berkongsi kisah mereka dengan orang lain..Agak-agaknya di mana tu?
  • Tapi tak kurang hebatnya blog-blog dijadikan tempat polemik dan propaganda mahu pun debat-debat politik..Kau orang tahu kan di mana nak cari blog-blog ini?

Tapi, adakah kau sedar?

Blog-blog yang terdiri dari pelbagai variasi dan warna kulit ini sememangnya menjadi rencah dan kudapan pengguna-pengguna internet di dunia. Pilihlah mana satu yang berkenan di hati, tiada salahnya jika kau semua tahu membezakan mana yang benar, dan mana yang palsu, bukan? Kadangkala, pendapat yang disuarakan oleh para blogger kesukaan kau, kau dan kau lagi, menjadi ikutan dalam menentukan keputusan dalam sesuatu hal tanpa kau sendiri sedari..Tak percaya? ikut sukalah, terpulanglah…Aku tiada hak untuk menyuruh sesiapa bersetuju dengan aku..Aku cuma menyampaikan, bukan mengharapkan..tau takpa :)

Akhir kata dari aku

Industri blog di Malaysia sudah semakin meriah sekarang, artis pun dah ada blog sendiri, kau semua bila lagi? Apa? Tak tahu nak guna? Kalau asyik memberi alasan, sampai bila pun kau tak akan tahu, jadi pesan aku, cubalah sendiri dahulu..Orang dulu-dulu pernah berpesan,”Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, bukan?“.. :)

p/s: Selepas ini, aku akan lebih serius dalam berblog di sini, aku sudah lama terlena dibuai mimpi indah..Tengahari tadi baru terjaga..hehe..Assalamualaikum dan salam sejahtera..



18 respon untuk entri “Mengapa Perlu BLOG?”

  1. chah_el (#)

    hahhaha…cayalah bat…tapi aku musykil gak dengan ayat2 puitis dr bat…sbb sblm nie xpenah dgr pun..memamng sah di baru bangun tido..hehehe :D


  2. aad_lfcfn (#)

    aku rasa dapat meningkatkan kenalan adalah antara perkara yang paling besh dari blogging ni apart from improve bahasa kita.


  3. shadowX_19 (#)

    hoho.. mane puyer artikel ko amik ni bat..? sedap tul ayat die


  4. Bat (#)

    @chahel: musykil ek?haha

    @fuad: haah, betul tu, point yg bagus aku pun bersetuju..

    @shadowX: amik apanya..aku tulis sendiri la..tak percaya ka? :)


  5. novatech (#)

    cewah.. bloglah untuk … blog


  6. JimieRay (#)

    Skrg ni kalau jumpa kawan2 tambah2 yah dah lama tak jumpa…’apa add blog kau…ni add blog aku…’ Mesti poyoo jer dia orang tgk kita.

    Eh Bat, gambar yg botak kat atas tu gambar kau ke??? :)


  7. Bat (#)

    @nova: hehe..

    @JimieRay: err..mana ada, aku ensem skit..hehe


  8. monstermom (#)

    hm.. berblogging ni mmg best tapi jangan sampai jadi blog addict dah ler… tak makan… asik dpn comp jer gamaknyer..
    salams…


  9. flisterz (#)

    seperti kate fuad, blog dpt tmbh rmai kawan. tu yg bes. ehe.
    bagi aku, aku blog supaya aku boleh tgk ape yg aku penah lalui. bile bace balik entry2 lame, terpikir..wah bodohnye aku. ehe
    :D


  10. chot (#)

    knapa perlu blog? pasal blog itu best! eheheh..sorry xde idea hari ni bat..


  11. ck-x (#)

    em..aku rs penulis blog perlu serius dlm artikel diaorang.yg penting bukannya info yg diceduk dr mana2 sumber secara bulat2 tanpa pandangan mereka sendiri.mcm copy n paste jer. nak gak org tau yg penulis blog tu kurang2nya wat gak research sendiri sblm tulis…

    bat ada ms cuba ang wat lak info psl etika menulis blog..
    aku cuma xder comp sendiri jer..sbb tu keberatan nak join sama jd penulis blog..sbb cara aku nak wat benda nie kena serius..dan mungkin amik masa.


  12. ck-x (#)

    ar satu lg……blog bukannya ruang utk glamer..xtau la kalo korang rs camtu…nak glamer


  13. Bat (#)

    @monstermom: kadang2 aku pun jadi ketagih..hehe

    @flisterz: erk..teringat balik waktu aku mula2 blog kat sini, cuba tgk entri terawal aku..haha..

    @chot: hehe..takpa chot..lamanya hang cuti pasni..

    @ck-x: etika menulis blog?erm..bagus jugak tu, malam nanti InsyaAllah aku cuba..


  14. [...] komen yang diberikan oleh saudara ck-x mengenai entri ini, aku berasa ingin menulis mengenai etika ketika berBLOG, mengapa ya? Walaupun aku tidak lagi layak [...]


  15. hj. saharul (#)

    bagus tu… tapi nak yanya sikit ahh
    apa beza blog dengan wiki dan apa kekuatan serta kelemahan kedua-duanya
    harap saudara boleh mmbantu


  16. Bat (#)

    @Hj Saharul: beza blog dengan wiki? kandungan wiki boleh diubahsuai oleh semua, blog pula cuma boleh diubahsuai oleh penulis blog tersebut..Dan yg paling ketara, wiki lebih sesuai untuk menjadi tempat rujukan(contoh:wikipedia) manakala blog pula lebih ke arah jurnal(walaupun ada yg dijadikan tempat ebiz dan lain2)..

    Harap membantu :)


  17. nieya emma morchie (#)

    ape2 je la,yg pntg…..ape erk?


  18. Metrophanes (#)

    Nice!


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen