Pintasan ke kandungan utama

Hantar Pautan

Blog / Arkib / Jom ber’Twitter’!

Jom ber’Twitter’!

Twitter

Pernah dengar Twitter? Pernah tengok? :) Ok la, ni aku nak terangkan pada yang belum tahu, yang dah tahu, boleh la nak kongsi pendapat atau komen ek. Berdasarkan penerangan oleh saudara AzharAhmad, twitter ialah :

Sebuah platform perhubungan dan blog-mikro yang membenarkan pengguna menghantar karya/pos (hanya dalam bentuk teks, sehingga maksimum 140 karakter) melalui SMS, sistem pengutus mesej (GTalk, dan Yahoo Messenger), laman web Twitter, atau aplikasi Twitterriffic.

Untuk mengetahui cara-cara mendaftar atau info lanjut, bolehlah melayari blog beliau di sini. Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada beliau..

Aku sendiri sedang mencuba benda ni, aku fikir nak guna dalam personal blog aku(bukan blog ni, blog lain ya)..Indah bukan kalau dapat blog dari tempat lain seperti di tepi sungai, taman permainan, membonceng motosikal hatta di dalam jamban sekalipun..hahaha..sori sori, jangan marah.. :)

Selain tu, saudara Novatech juga telah membuat satu plugin untuk memaparkan twitter di dalam wordpress. Untuk mengambilnya, klik sini, ucapkan terima kasih kepada beliau ya!

p/s: Satu soalan dari aku, berbaloikah/perlu untuk aku memaparkan twitter aku di blog ini? :)



13 respon untuk entri “Jom ber’Twitter’!”

  1. lover (#)

    jawapan:berbaloi kot.. :p


  2. chot (#)

    belum cuba belum tahu bos..


  3. aman (#)

    bleh gak…bleh aku tau ape ko tgh wat sepanjang masa…heheh


  4. Bat (#)

    @lover: terima kasih..

    @chot: sedang mencuba chot :)

    @aman: sepanjang masa aku tido la jawabnya..hehe..


  5. TenthOfMarch (#)

    Saya pernah tengok twitter di blog lain. Boleh update twitter dengan SMS kan? Tapi berapa caj satu SMS?


  6. Bat (#)

    @TenOfMarch: caj untuk verify dan sms, cuma 20sen..Dan kita akan dapat notification melalui sms(kalau kita set) sekiranya kawan2 kita(yang dah di’add’) menghantar twitter/post. :) Ya, memang boleh guna sms..hehe..best kan?


  7. flisterz (#)

    tgk org gune twitter mmg nmpk bes. tp cam x cukup bes la utk digunakan sepenuhnya.
    x sempat la plak nk sms sms nih. ehe
    tp aku rs nk try la plugin yg novatech buat. ehe :)


  8. mohdismail (#)

    satu SMS di’caj RM 0.20 :)

    mula2 dulu seronok juga nak pakai Twitter ni.. sekarang entah…

    he he

    mencuba itu bagus


  9. Bat (#)

    @flisterz: aku ada terpikir menda nak buat ngan twitter nih..Nanti aku gtau..

    @mohdismail: aku lepas baca entri hang aritu pasal twitter ni, terus semangat nak guna..huhuhu..Aku dah letak kat sidebar, mungkin pembaca ingin tahu apa yg aku sedang buat..wahaha..gurau ja..


  10. rasso (#)

    Berbaloi… ko leh tulis dari telefon genggam cerita terkini ko kat blog.. ehehehe…


  11. gie (#)

    aku terpakse remove bende ni sebab mengganggu validnyer blog aku…nanti aku suh xero tgkkan…aritu dia yg buang dari blog aku…wakakaka


  12. novatech (#)

    aku dah fix invalid xhtml tu..hehe sorry, codim dalam keadaan rushing


  13. [...] Jawapannya mudah, ramai orang salah faham, benda ni sebenarnya orang yang tak ada blog pun boleh join..Ianya sebenarnya untuk pembaca blog kita. Jadi kepada pembaca blog ini atau pun blog-blog lain, iaitu kau,kau dan kau jugak, boleh join. Serlahkan identitimu supaya aku tahu ada insan yang kacak dan segak bergaya telah membaca blog aku..hehe..Lagipun, rasanya rata-rata remaja di Malaysia, yang sering online, mempunyai akaun Friendster dan MySpace, jadi letaklah url profile atau blog kalian di situ..Jangan lupa masukkan gambar sekali ya dalam profile MyBlogLog..hehe..Lagi pun, semalam aku perasan yang kita boleh memaparkan status twitter di dalam profile MyBlogLog kita..Untuk penerangan tentang twitter, boleh rujuk entri berkenaannya di sini. [...]


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen