Laporan Perjumpaan di KLCC
Alhamdulillah, seperti yang dirancang walaupun kurang terancang, perjumpaan tak rasmi blogger telah pun berjaya diadakan. Seramai 10 orang telah hadir, huhuhu. Ironinya, semuanya lelaki, tiada langsung kelibat blogger perempuan, di mana menghilangnya mereka? Adakah mereka segan dan malu? hehe
Antara perkara yang berlaku…
Chahel, Sodep, Aman, Am Starstreet, Jebat, Azraai, Manchurr, ShadowX dan AzwanHadzree bersama anak-anaknya yang kiut.
Terima kasih sebab sudi datang. Antara aktiviti yang telah dibuat ialah, sessi mengutuk dan melawak sesama sendiri(hahaha), sessi menunggu hingga mencetuskan pelbagai kutukan(hahaha, sapa tu?) dan yang paling menarik, sessi merayap di dalam PC Fair secara beramai-ramai
Lagi?
Seronok jugak bila berjumpa sesama sendiri, sebab tak pernah jumpa, asyik jumpa dalam blog dan YM sahaja, boleh tahan sengal baik gak blogger2 ni..hehe
Ok la, mesti ramai yang nak tengok gambar kan? Ni ha boleh tengok kat bawah,

Antara blogger yang hadir, waktu ni Manchurr, Am, ShadowX ngan Azraai tak datang lagi, aku? Yang tengah tangkap gambar ni la, huhuhu..

Aha, inilah Sodep, aku pun baru kenal, ramah betul dia ni,

Ini pulak si Aman, terkandid la pulak

Yang baju penuh sticker Intel ni, si Jebat Pujangga, pun kena kandid gak ngan aku..wahaha..Loaded betui, beli mp3 ngan mp4 sekaligus,..Jangan mara arr Jebat..

Ini lak si Azraai, coder blogtitude, muda lagi dia ni, lambat tul mai, wahaha..

Ni pulak ShadowX, ooo mai ngan ‘kawan’ arr? hehe..

Ni pulak Manchurr, lambat betul nak turun..huhu..Sori la sebab amik gambar belah tepi, kandid la katakan..

Ni pulak scene tengah boring menunggu si Aman ngan Jebat, masing-masing dok baca brochure, Sodep lak dok main enset.

Setelah semuanya sampai, Sodep pun bagi idea untuk melepak kat Pelita Nasi Kandar, boleh minum-minum sambil sembang-sembang..Pukul 7.30 camtu, kami pun berpecah, gelap dah wei, kesian lak nanti depa sampai rumah lambat,hehe..
Akhir kata
Lepas ni kita buat lagi ya camni!
Dan kepada Am, sori sebab TERpau rokok, aku tertinggal lak kat bilik..huhu..Nanti aku emelkan url untuk download gambar ek! Sekian saja untuk laporan kali ini, sekali lagi terima kasih aku ucapkan kepada yang hadir,
Assalamualaikum.
Ridzwan.Net (#)
April 16th, 2007
Eh, mana gamba aku? Oh, aku tak pergi rupanya.. ha ha ha.. Ish, rasa rugi lak duduk jauh, tak dpt nak gi saman.. huu..
Ridzwan.Net (#)
April 16th, 2007
La.. camna blh gi tersilap ketik jadi saman ni… sama la… bat, tolong edit sat..
CypherHackz (#)
April 16th, 2007
aku rasa kan yang pompuan tak gi sebab dorang memang segan la. entah2 dorang datang, tapi follow jauh dari belakang. kui3.
emptyspace (#)
April 16th, 2007
fulamak penampilan pertama azraai la.. bkn senang nak tengok gambar die tau!
flisterz (#)
April 16th, 2007
oh itu la azraai. heh muda n bijak.

tp sikit sgt la yg pegi nih Bat. nnt next time, ramai2 lagi.
gie (#)
April 16th, 2007
pergh…otai2 dah bergabung…aku,bile lagi nak jadi otai…hehehe…nak citer pasal azrai…aku dari dulu tak ble terima dia ni 15 tahun…ahah…gempak sampai aku ingat dia ni dah 20 lebih..huhu….nest gath bile plak.?
Bat (#)
April 16th, 2007
@Wan : ala, nanti kita buat belah utara pulak,hehe
@Cypher : Aha, ada berkemungkinan..haha
@EmptySpace : yaka? Aku dah penah tengok gambar dia sebelum ni..
@Flisterz : Aha, tu la dia, young and dangerous..Tu la, nak buat camna, tapi kira ok la, ada jugak orang datang..huhu, lain kali, InsyaAllah ramai lagi.
@Gie : Otai apanya?haha..Umur tu bukan faktor gie, tapi hang apa kurangnya, muda jugak apa..
gath?Err semalam dah bincang ngan semua, nanti kita diskus ramai2 ya.. 
Bat (#)
April 16th, 2007
Lupa nak bagitau, gambar untuk kawan2 yang datang semalam, aku tak sempat nak upload lagi, sebab tenet slow sangat..petang nanti InsyaAllah aku cuba lagi..japgi nak g kelas lak..sori ek.
Azahari (#)
April 16th, 2007
Aku dah ambik nombor telepon ko bat..tapi apakan daya…takleh nak pergi jugak.. kena jaga anak kembar aku tuh..camner nak buat, nak tinggal susah..nak usung lagi ler susah..nanti la kalau besar sikit boleh la aku bawak gi.. takpe..banyak lagi PC Fair atau event kan… hehe.. mana ko Bat?asyik menyoroko je?tunjuk muka member je..mana aci..?aci menoreh?
sodep (#)
April 16th, 2007
wahahaha… tembam nyer aku.. malu seh… hiks… apa pon memang sonok lepak dengan korang semalam… walaupon fenat..
Bat (#)
April 16th, 2007
@Azahari : Aha, takpa, nanti InsyaAllah ada lagi..Gambar aku? Segan la plk nak letak sini, rasa pelik lak..hehe..sori2..
@Sodep : Aha, sama la aku, seronok gak..
manchurr (#)
April 16th, 2007
huhu bler mase die tangkap gambar aku ni.. siot nyer bat kandidkan aku.. aku baru nak korek hidung tu.. xpe.. nanti aku tunjuk gambo ko bat, tunggu aku post mlm nanti hahaha
chah_el (#)
April 16th, 2007
peh…xsmp 24 jam post gamba nie dah penuh post…kire blh bt niage nie….
chot (#)
April 16th, 2007
camner la si sodep bole tersesat joint korang..hehehe
la kecik je budak aman tu…anyway nampak mcm meriah korang hari tu..harap ko akan buat gathering next time…
arynet (#)
April 16th, 2007
jeles2.. adeeh.. nak wat camana.. dok jauh.. jeles x abih lagi nih..
am (#)
April 16th, 2007
aiyooo gambar sedang menutup mata katanya…!!! seronok semalam jumpe kengkawan yang slama ni dok cit cat jer… last2 jumper gak… next time kita buat lagi k… grand2 punya…
am (#)
April 16th, 2007
bat… takde hal punya la… itu barang slagi ada kita bagi kongsi2… tak sedap tengok kawan2 lain sume baik2 jer…
gie (#)
April 16th, 2007
shadow mantap…hahaha…a’ah laa…gambar tuan rumah takde,takpe..kite serang kat blog org lain plak…
pluginbaby (#)
April 16th, 2007
oi… mana manchurr?? haha.. sian dia..
kalo aku pegi adakah aku yg termuda dikalangan korang.. aku saje mls nk pegi.. kang kena panggil sorang2 abang lak.. hehe
azraai (#)
April 16th, 2007
juru kamera rasmi sapa? sori ek blah awal. kena cepat semalam sbb dah ahad.
aman (#)
April 16th, 2007
slamat aku takde kamera..kalo tak siap ko bat…satu post aku dedicate tuk ko…huhuhu
Bat (#)
April 16th, 2007
Kepada semua : Nanti kita buat lagi ya!
juru kamera rasmi Chahel. Jangan la marah gambar aku takda, lagipun kan hangpa dah tengok aku semalam 
sOdep - di sini detik itu bermula » arghh… bingung! (#)
April 16th, 2007
[...] entry aku hari nie takda… tapi korang boleh tumpang baca dari blog bat. [...]
shadowX_19 (#)
April 16th, 2007
kawan jela bat.. aku ngan die kawan mase form 6 dulu… takde ape2 hubungan rasmi pun ngan die… (aku tak minat kapel sebaya)
chah_el (#)
April 16th, 2007
peh….memeng meiah…xpe nt korang boleh tgk gmb bat yg hensem at blog aku nt…
mohdismail (#)
April 16th, 2007
whoaa~~
meriah nampak…
dari bapak budak sampai budak..semua ade..he he
bila-bila buat lagi,insyaAllah nak join..
:: Manchurr Inc. :: A New Path Has Begun :: » Blog Archive » Small Gath + Wanted (#)
April 16th, 2007
[...] Akum sumer! dah lame x mengupdate blog kan. FYI, smlm Man gi PC Fair yg mcm biasa la boring kan.. kalo ade duit x la boring huhuh. At the same time jugak Man gi la perjumpaan yang x rasmi di antara bloggers2 lain.. huhu kat atas tu sume jejaka2 yang hadir.. xberapa indah la bg dorang sebab xde kaum hawa.. huhuh tp Man ade.. bawak Atikah skali.. hehe Nak tahu lebih lanjut tentang gath ni? –> InfoMalaya [...]
manchurr (#)
April 16th, 2007
makkk aii.. gempak gler.. aku link kat sini.. terus masuk dlm comment post ni hahahah.. anyway, aku dah post dah pasal gath kecik ni.. tgk jom!! bat! suprise utk ko! jgn mare!
[one] blog, world, life. Live It! » An Unofficial Gathering of Bloggers. (#)
April 16th, 2007
[...] is the one I took yesterday, of course minus myself. You can see me at InfoMalaya or Amanz. So from left to right : Sodep, Bat, Chahel, Jebat and [...]
azwanhadzree (#)
April 16th, 2007
Uncle dah update. kah..kah..kah.. uncle lah pulak. Ada gambar si Bat, owner site ni at my blog. Thanks a lot, mungkin boleh buat yg lebih besar dan lebih official lepas ni. Kalau kat Utara pun boleh sebab selalu ulang alik ke Prai and KL untuk projek SAP.
Bat (#)
April 16th, 2007
Aha..apa plk uncle brader..relek la..hehe..
tu ha, kat blog si Manchurr tu dia letak gambar aku besaq2..kejam kau man..huhuhu
azwanhadzree (#)
April 16th, 2007
dia memang kejam, siap buh wanted lagi.
Bat (#)
April 16th, 2007
Aha, dia ni memang nak kena..wakaka..takpalah, ensem lak gambar aku dia buat camtu..hehe
manchurr (#)
April 16th, 2007
aku kejam? huhu mmg kejam! alaa.. kalo aku post xpe nye.. tul x bat? kan? kan? kalo org lain.. ko saman la yek hehe
manchurr (#)
April 16th, 2007
haha tau xpe.. aku dah edit gambar hang dah bat bg hensem, tidak x hensem hahahha
manchurr (#)
April 17th, 2007
asal hosting aku down? aiya.. click nickname aku wey.. baru leh masuk blog aku..
al-Marbawi (#)
April 17th, 2007
hoh.. aku pun pegi PC Fair.. tp aku tak ikut Bat and the geng.. aku pun nak gak jumpe blogger2 terhangat di pasaran, chewahh.. wei Bat.. klu hang nak wat perjumpaan rasmi, tak ajak aku.. siap hang.. aku juai prepaid lagi mahal kat hang… hua hua hua…
cikgunurul (#)
April 17th, 2007
abang-abang dah adikadik yang hensem..:D
paskal (#)
April 17th, 2007
hua nape pegi tak ajak aku *walaupun dah tau-baca kat blog amanz* huaaaa
erm, lawa ar theme nie… sempoiii
chah_el (#)
April 17th, 2007
gamba yang baru pun ader kt blog aku…aku edit ckit jer..
Mohd Sufian (#)
April 17th, 2007
Wah! memang best lah kalau boleh jumpa kat gathering.
MR.azlieJR (#)
April 17th, 2007
hollaaa bat..
wah.. best nye g pc fair.. rugi plak rasanya x join.. muahaha..
awat pic ko dr blkg bat??? x fair btui.. :))
Bat (#)
April 17th, 2007
hallu..
Aku ni kan pemalu orangnya..wuhuhu..
xeroxaven (#)
April 17th, 2007
hohoho..sakti tull brader brader kat dlm gamba tuh.. lain kali aku join yeh!
novatech (#)
April 17th, 2007
tahniah.. berjaya gak ko wat gathering ni yek..
btw, nasi kandar disponsor oleh sape?
haha!!
shadowX_19 (#)
April 18th, 2007
hahah. tu la ko. sorok lagi muke tu. kan dah kene wanted…
Bat (#)
April 18th, 2007
@xero: sapa yang sakti?hehe
@nova: nasi kandar?tak makan pun, aku makan roti ngan sup ja..sedap woo..
@shadowX: hehe..takpa2, len kali aku wantedkan pulak dia..haha
rontol (#)
April 18th, 2007
salam,
wah…best betul korang hehe
awat pic hang xde bat?
manchurr (#)
April 18th, 2007
@rontol: dlm blog aku ade pic dia haha
weyy bat.. ade hati nak wantedkan aku yek..
jebat (#)
April 18th, 2007
saje tayang sticker huduh blakang tu..aku bunuh ko bat…yarghhh!!!!kekeke…
Bat (#)
April 18th, 2007
@manchurr: hehe..mesti la, baru hukum karma..
@jebat: hahaha..jenuh aku nak kandid gambar tuh, nanti aku letak gambaq sticker kat kepala hang lagi sempoi..wakaka..jangan marah arr cikgu jebat..
ikram_zidane (#)
April 19th, 2007
merokok itu berdosa, jauhi lah sifat munafik…
Bat (#)
April 19th, 2007
@ikram_zidane: InsyaAllah, sikit masa lagi..
omaQ (#)
April 21st, 2007
wah wah meriah nyer dapat gather ramai ramai.. lain kali kalau ada lagi kasi tau lain he he
chek dah la dok nun jauh di utagha sana…. jauh la nak pi key ell tu.. mak pesan.. jangan pi key ell.. mat rempit banyak he he he
http://www.omaQ.org
Bat (#)
April 21st, 2007
@omaq: hehe..nanti ada masa, kita buat kat belah utara pulak..
InsyaAllah kalau ramai yang nak..
:: Manchurr Inc. :: A New Path Has Begun :: » Blog Archive » Small Gath! (#)
April 22nd, 2007
[...] Akum sumer! dah lame x mengupdate blog kan. FYI, smlm Man gi PC Fair yg mcm biasa la boring kan.. kalo ade duit x la boring huhuh. At the same time jugak Man gi la perjumpaan yang x rasmi di antara bloggers2 lain.. huhu kat atas tu sume jejaka2 yang hadir.. xberapa indah la bg dorang sebab xde kaum hawa.. huhuh tp Man ade.. bawak Atikah skali.. hehe Nak tahu lebih lanjut tentang gath ni? –> InfoMalaya [...]