Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib untuk April, 2007


3D Icon

3dicon

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Hmm.. ni merupakan post pertama ana di-IM (Info Malaya), Jadi ana nak mengucapkan selamat datang kepada ana sendiri dan juga kepada pembaca setia IM.

DevianART - Pernah anda join community ni? Kalau anda belum join, join la skrg, terutama bagi yg hebat dalam skill design grafik. Tapi disini ana nak review tentang icon je.

Mmg sempoi diorg nih create icon, ana cukup tertarik dengan 3D icon nih, sbb apa? haa.. cuba korang suma pergi kat Deleket, kita usha profile dan gallery dia.

Kat situ korang boleh dapat Icon kegemaran korang. Download, jangan tak download. Semua menarik hati. hehe.

Post pertama yang begitu pendek. Hehe. Maybe lepas nih ok sket. See yaa.

Akismet - Penyelesaian Mudah Kepada Masalah Spam

Apa itu Akismet?

Akismet atau Automattic Kismet merupakan satu servis yang menghalang spam dalam bentuk komen atau ‘trackback’ di dalam blog anda dari dipaparkan. Akismet dibangunkan oleh Automattic Inc, syarikat dibelakang Wordpress, bbPress, dan Wordpress.Com.

Sehingga hari ini sahaja Akismet telah berjaya menghalang 1,291,294,012 spam dari mencemari blog-blog di internet. Disebabkan itu, saya telah membuat kesimpulan bahawa Akismet adalah jalan keluar kepada masalah ini. Kenapa?

Baca entri ini sampai habis »

Google Picasa 2 - Pengurus Fail Gambar

Google Picasa

Kalau winamp sinonim dengan pemain mp3 dalam PC, aku rasa Picasa ialah pengurus gambar dalam PC yang agak sempoi dan sinonim dengan gambar-gambar. Sebab apa sempoi? Mari aku khabarkan mengapa setelah hampir sebulan aku menggunakannya :

Baca entri ini sampai habis »

Etika ketika berBLOG, perlukah?

etika?Berdasarkan komen yang diberikan oleh saudara ck-x mengenai entri ini, aku berasa ingin menulis mengenai etika ketika berBLOG, mengapa ya? Walaupun aku tidak lagi layak dipanggil problogger, namun izinkan aku menulis dari perspektif aku sendiri, sila betulkan aku jika ada tersalah di mana-mana, aku bukan pencinta wanita, eh silap, bukan manusia sempurna..haha..Ok, cukup la setakat tu..Er boleh kita mulakan sekarang? :)

Baca entri ini sampai habis »

Lagi Perkembangan Info Malaya

Semalam hari malang untuk IM, database tiba-tiba buat hal (perkara lain saya tidak pasti). Walaubagaimanapun Bat dan abangnya berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

2-3 hari lagi InfoMalaya akan ada keluarga baru. Oh! sebelum itu kita alukan kedatangan penulis baru ke IM, mohdismail (weblog beliau). Kita juga dalam proses mencari penulis untuk blog ini.

InfoMalaya akan melakukan beberapa perubaha. Pertama sekali, kami akan menjadikan site ini terarah kepada blog + portal dan bukan sekadar blog sahaja lagi. ‘Layout’ akan ditukar tapi masih menerapkan warna yang sama.

Blog Network secara rasminya telah bermula dengan 4 buah blog dan 5 penulis (Laman rasmi dijangka siap 2 minggu lagi).

Blogtitude pula sedang diuji code-codenya terlebih dahulu sebelum kita fasa “Delta”. Kami pilih untuk mengoptimumkan site tersebut dengan ‘layout’ yang lebih ringan tapi masih memainkan warna sebagai faktor utama ‘layout’. Seperti dimaklumkan kami akan menukar beberap konsep Blogtitude yang boleh dibaca lebih lanjut di sana, www.blogtitude.com.

Sekian.

Fenomena Blog Digodam

WordPressFenomena blog digodam semakin menjadi-jadi sekarang..Apakah WordPress tidak selamat dari segi sekuriti? Pada pendapat aku, tak ada satu pun sistem yang 100% selamat di atas muka bumi ni termasuk la dunia internet…Sebabnya? Manusia ni bijak, tapi kadangkala kalau dah terlalu bijak susah jugak, sampai menyusahkan orang lain..Inilah masalahnya, penyalahgunaan kebijaksanaan. Kalaulah kepandaian itu disalurkan pada saluran yang betul, nescaya si polan atau si penggodam itu bakal menjawat jawatan penganalisa keselamatan sistem, penasihat keselamatan sistem dan seangkatan dengannya..Tapi jangan salah sangka mahupun buruk sangka, penggodam itu banyak lapisan atau keturunannya iaitu Hacker, cracker, phreaker dan yang paling rendah kastanya, script kiddies..Apa perbezaannya? Rujuk di sini, sini, dan sini. Harap semua dapat memahami perbezaan ketara antara istilah-istilah ini supaya tidak tersalah membuat kenyataan di kemudian hari..hehe..

Baca entri ini sampai habis »

Mengapa Perlu BLOG?

Blog?

Sudah lama rasanya tidak menulis dengan serius.. :) Maafkan aku ya wahai rakan-rakan.. Jadi berbalik pada topik asal kita kali ni, “MENGAPA PERLU BLOG?“..Sila fahami dahulu soalan ini, aku risau jika ada orang yang salah menafsirkannya…

Baca entri ini sampai habis »

Hari Bumi 2007, antara Google & Yahoo!

Earth Day 2007

Hari ini, Google.com melancar’kan logo custom untuk Hari Bumi 2007. Aku agak hairan dengan logo custom kali ini. Kau lihat ya, Google di’gambarkan seperti sebuah bongkah ais di’kutub utara yang timbul di’lautan yang luas. Walaupun masih menggambarkan salah satu keadaan bumi, adakah Google ingin menyampaikan mesej bahawa pencairan glacier di kutub utara telah mencapai keadaan yang kritikal?

Yahoo Earth Day 2007

Yahoo! juga tidak ketinggalan untuk mereka logo custom sempena Hari Bumi 2007, tetapi Yahoo! nampak’nya lebih fokus kepada penjaan tenaga dari sumber semulajadi sebagai satu langkah alternatif untuk memelihara bumi yang tercinta. Pada pandangan peribadi aku, logo custom Yahoo! lebih jelas mesej’nya menyeru umat manusia penduduk bumi yang tua ini supaya melakukan sesuatu untuk memelihara keadaan bumi supaya relevan untuk terus di’duduki.

Apa itu Hari Bumi?

A time to celebrate gains we have made and create new visions to accelerate environmental progress. Earth Day is a time to unite around new actions. Earth Day and every day is a time to act to protect our planet.

Antara logo custom Google & Yahoo!, mana satu menjadi pilihan anda?

Jom ber’Twitter’!

Twitter

Pernah dengar Twitter? Pernah tengok? :) Ok la, ni aku nak terangkan pada yang belum tahu, yang dah tahu, boleh la nak kongsi pendapat atau komen ek. Berdasarkan penerangan oleh saudara AzharAhmad, twitter ialah :

Sebuah platform perhubungan dan blog-mikro yang membenarkan pengguna menghantar karya/pos (hanya dalam bentuk teks, sehingga maksimum 140 karakter) melalui SMS, sistem pengutus mesej (GTalk, dan Yahoo Messenger), laman web Twitter, atau aplikasi Twitterriffic.

Untuk mengetahui cara-cara mendaftar atau info lanjut, bolehlah melayari blog beliau di sini. Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada beliau..

Aku sendiri sedang mencuba benda ni, aku fikir nak guna dalam personal blog aku(bukan blog ni, blog lain ya)..Indah bukan kalau dapat blog dari tempat lain seperti di tepi sungai, taman permainan, membonceng motosikal hatta di dalam jamban sekalipun..hahaha..sori sori, jangan marah.. :)

Selain tu, saudara Novatech juga telah membuat satu plugin untuk memaparkan twitter di dalam wordpress. Untuk mengambilnya, klik sini, ucapkan terima kasih kepada beliau ya!

p/s: Satu soalan dari aku, berbaloikah/perlu untuk aku memaparkan twitter aku di blog ini? :)

Jadikan WordPress anda Mesra SEO

Rupa-rupanya banyak benda yang telah diabaikan selama aku menggunakan WordPress, agaknya mungkin disebabkan benda-benda ni yang menjadikan PR(Google PageRank) lambat nak naik..huhu..Tengok la dulu ek, malangnya video ni dalam bahasa Inggeris..

Sumber

Aku dapat dari blog JohnTP.com, terima kasih(Thank you) ya! :)

Halaman 1 daripada 212»