Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib untuk March, 2007


PC Inspector File Recovery - Dapatkan balik file yang terpadam!

Dapatkan semula file yang terpadam!

Pernahkah anda TERpadam file secara tak sengaja? Ataupun anda ini jenis yang suka menekan butang shift+delete? Atau pun ada orang yang sengaja memadamkan file tersebut? hahaha..Mesti tertekan kan? Nak kena buat balik atau salin semula..Jenuh la macam ni kan? :) Tapi tidak mengapa sebab ada satu perisian yang membolehkan kita mendapatkan semula file-file tadi..Gunakan perisian PC Inspector File Recovery! Percuma ja ni.. :) Aku dah guna sejak tahun 2004 2005 lagi tau..hehe..Untuk muat turun, klik sini!

Tangkap ScreenShot blog/website anda!

ScreenShot Menu

Tadi masa singgah blog kawan aku, Fuad Tech-Scope, jumpa pula benda menarik ni, memang aku tengah cari, sebab nak tengok bagaimana rupanya blog aku apabila dilihat secara penuh, selain tu, aku memerlukan benda ni untuk ‘redesign’ blog klien aku, senang kerja aku nanti..

Perisian ni percuma, dan ianya merupakan plugin untuk FireFox. Jadi untuk sesiapa yang berminat, bolehlah mencuba.. :)

Ini laman webnya.

http://pearlcrescent.com/products/pagesaver/

Ni pulak screenshot untuk blog ni

Baca entri ini sampai habis »

Ultraman Versi Kelantan?

Hahahaha..

Semoga terhibur..Ada sesiapa yang ada info tentang Fakry ni? Respek la aku kat dia.. :) Ini link ke video tu..Klik sini.

InfoMalaya dah ada rumah baru!

Assalamualaikum semua..Malam ni proses pemindahan DNS dah pun selesai..Sekarang kami dah berpindah ke hosting baru.. :) Mintak-mintak la yang ni ok..tak down macam dulu..

Aku memerlukan masa kira-kira seminggu(maksimum) untuk mengemaskini dan menyelesaikan projek rangkaian blog infomalaya, blog ni dan jugak Blogtitude..Disebabkan kekangan masa dan komitmen lain(sekolah), aku jugak terpaksa menangguhkan kerja2 freelance yang datang, maaf ya, bukan tak nak buat..nak selesaikan perkara ni dulu..

Dan yang paling penting, maafkan aku sebab dah TERLALU lama tak ada entri baru..Proses naiktaraf ni mengambil masa yang terlalu lama buat aku..

Namun, nantikan kemunculan InfoMalaya.Com versi ke-3 selepas ini..InsyaAllah..Kalau ada sebarang cadangan, bolehlah bagitau kat ruangan komen.. :)

eBook Percuma - Tips dan Trik komputer

Terbitan En Adi

Buku apa ni?

Ini buku pasal komputer, terbitan En Adi dari hardyw3b.wordpress.com, memang menarik, aku dah baca..Jadi kalau korang nak menambahkan ilmu pasal komputer, boleh la download..Dan penulis buku tu tak langsung mengenakan apa-apa bayaran untuk ebook ni..percuma ja.. :)

Nak download?

Sila layari website projek beliau di kandang Tenux.. :) (Dikemaskini pada 14 April)

Proses naik taraf sudah bermula…

Assalamualaikum..camna theme baru ni?OK ka KO? harap-harap ok la..Aku dah cuba sebaik mungkin selama 3 hari ni..Nama theme baru ni, taktau lagi, untuk grafik, aku guna photoshop 7.0, koding aku guna Notepad++, icon set dari famfamfam pastu ni first time aku guna xhtml strict(ada beza ka?) dan juga eksperimen dengan css3.

Apa yang baru?

Yang penting sekali, aku buat theme ni khas untuk FIREFOX, untuk pengguna IE, masih lagi boleh melayari, tapi ada beberapa benda yang mungkin tak berapa best..macam takleh nak render transparent PNG, IE takleh nak render benda nih(kredit kepada ikram), dan cam rounded corner kat komen, pastu highighted teks..try la banding beza sendiri ek..Malaysia sekarang dah makin maju, jadi kita pun kena maju, gunalah pelayar yang bagus.. :) resolution pun dah kena guna 1024×768..sori beb..ter’sengaja’..

Theme lama apa cerita?

Theme yang lama(v2) InsyaAllah aku akan release, tunggu aku modify coding dulu, nak bagi kat orang kena la yang terbaik kan?Akhir kata, aku harap hangpa terima dengan hati yang terbuka theme ni, sebab dah nampak lari sangat dengan konsep dulu(tapi memang ni yang aku nak)..

Komen?

Seperti biasa, sila berikan komen seikhlas hati anda tentang apa yg patut ada dan apa yang patut dibaiki..(mungkin lepas ni aku nak buang chatbox)..

Sekian.. :)

Theme baru infomalaya Versi 3 dah siap!!

Versi 3

Alhamdulillah, setelah semalaman aku tak tido, siap gak theme ni..walaupun ada sikit lagi nak modify..width 960px, xhtml strict dan guna css2.1 dan sedikit css3..ok la, nanti dah siap aku guna..sabar ya!

p/s:kepada chot, aku pun heran sebab apa emel yang aku hantar tak sampai2 lagi kat hang..mintak emel baru kalau ada ek..sori..huhu..

Ilmu untuk dikongsi bersama…

Gambar diambil dari http://www.icnyu.org

Kelmarin masa aku lawat blog En Adi, ada satu artikel yang betul-betul membuka minda dan seterus menginsafkan diri aku..Berkenaan ilmu, adakah anda sedar jikalau kita menyembunyikan sesuatu ilmu(yakni tidak menyebarkannya), kita berdosa besar kepada Allah..Sedarlah bahawa ilmu ni, satu-satunya benda yang takkan kurang malahan bertambah sekiranya kita menyampaikan dan menyebarkan pada orang lain..Semoga kita dijauhi sikap kedekut ilmu ni..Nauzubillah..

Sumber: Hardyweb melalui ttuyup

Projek Rangkaian Blog InfoMalaya

Aku dah siapkan kertas kerja dan kini sedang mencari emel calon-calon yang akan mewarnai blog ni..Mungkin esok aku akan hantar..InsyaAllah, aku kena siapkan projek ni sebelum bulan 4 ni, dalam masa yang sama, projek Blogtitude pun kena jalan jugak..hehe..sibuk kan aku? Isnin depan dah nak kena pergi sekolah..Ok la, aku nak beransur dulu..Jumpa lagi..

Pengumuman dan Bancian

Pengumuman
Projek Blogtitude sudah live hampir 40%. Kami mencari pengguna BETA untuk membuat sedikit statistik mengenai ‘bandwith’ dan masa. Sila emelkan penyertaan ke cw.blogtitude@gmail.com. Enjin carian Direct Dimension telah berubah ke URI baru di www.blogtitude.com/search/.

Bancian

  1. Theme baru InfoMalaya. Pilihan anda, rekabentuk ke arah ‘news site’(clean and really simple) atau blog(seperti sekarang).
  2. DirectDimension Search Engine. Anda lebih suka carian di site yang disenaraikan atau seluruh internet dengan tumpuan ke laman yang disenaraikan.

Senarai Laman Web Direct Dimension Yang Sudah Disenaraikan

  • http://mohd.ridzwan.net
  • http://gempaq.blogmas.com
  • http://www.tech-scope.com
  • http://www.bloganything.net
  • http://ikram-zidane.com
  • http://www.mohdismail.net
  • http://www.mohdismail.com
  • http://movie-on-tube.blogspot.com
  • http://amanz.net
  • http://www.techlogs.net
  • http://wan.pengganas.net
  • http://imherenow.fwenz.info
  • http://azraai.przmaster.net
  • http://blogtitute.sposen.net
  • http://infomalaya.com

Penyertaan untuk Enjin Carian ini boleh ditinggalakan di ruangan komen. Manakala untuk projek Blogtitude.com emelkan ke cw.blogtitude@gmail.com berserta nama, e-mel, dan url blog.

Sekian,
Ariff Azraai,
Developer II, Blogtitude.com

Decentralized Membership System

Decentralized Membership System atau dalam Bahasa Melayu; dialek riau-lingga-johor, bermaksud Sistem Keahlian Berpusat. Sistem ini berfungsi sebagai satu database username dan password para pengguna internet, dimana pengguna-pengguna internet hanya memerlukan satu identiti untuk menggunakan servis-servis di internet. Antara sistem yg terkenal ialah

  • OpenID - Zoomr, LiveJournal, Ma.gnolia, dan Wordpress.Com
  • iNames
  • Liberty Alliance
  • Windows Live ID - Semua servis Microsoft.
  • Google Accounts - Semua servis Google, Servis pihak ketiga akan mula diperkenalkan tidak lama lagi.
  • Terdapat beberapa lagi servis yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Kepentingan kepada sistem ini adalah untuk memudahkan pengguna internet secara amnya adalah memudahkan pengurusan identiti servis-servis internet. Keperluan untuk menggunakan sistem ini amat perlu selepas berlakunya fenomena Web 2.0 sekitar tahun 2004 yang menyaksikan laman web tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Halaman 1 daripada 212»