Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib untuk February, 2007


ZamZar - Free Online Convertor

ZamZar

Salah satu servis online yang membolehkan kita menukar format sesuatu file. Cuma perlu ikuti 4 langkah mudah..hehe..Banyak jugak format yang boleh ditukar sampaikan tak terucap kat sini..boleh tengok sendiri kat sini ek..Lawati http://www.zamzar.com , terima kasih kepada Tech-Scope untuk info..

Sedikit notis..

Mintak maaf sebab kebelakangan ni server asyik down..Untuk pengetahuan semua, aku menggunakan hosting dari Hive, dah banyak kali jadi macam ni, cuma kali ni ja yang teruk..Dan minta maaf sebab jarang update entri..Aku terlampau sibuk ngan hidup aku..maafkan aku ya..

Syukur - Raihan

Buat pertama kalinya aku letak video youtube dalam post..hehehe..Alhamdullillah..Nikmatilah lagu raihan ni dulu..yosh!!

FreeTechBooks.com - Jom Baca Buku!

Tengok buku FREE!

Tercari-cari ebook atau rujukan tentang programming?Engineering?Math?Web?! Jom la pergi website ni, banyak dia senaraikan buku2 dan bahan rujukan, percuma pulak tu..Rugi beb kalau tak pergi, ilmu semua ni..

kalau nak pergi..

Klik sini –> FreeTechBooks.com

Guerrilla Mail - Emel pakai buang..

Guerrilla Mail!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Ok la, benda yang aku nak post pagi ni ialah satu website yang agak sempoi..Guerrilla Mail nama dia, sebab kita boleh mendapatkan alamat emel sementara(tempoh/jangka hayat selama 15 minit sahaja). Dalam tempoh tu, kita boleh mendapatkan emel dari sesiapa sahaja berdasarkan alamat emel yang telah diberikan..Kalau tak cukup 15 minit, boleh topup lagi..

Nak buat apa dengan benda ni?

Daripada pemerhatian aku, servis ni sangat sesuai kalau kita nak mendapatkan pengesahan/verification dari sesetengah website yang memerlukan emel kita..itu pun kalau kita tak nak guna emel kita sendiri..Tapi pesanan aku, jangan la guna emel ni untuk tujuan yang tak elok..Tak baik tau..Lagi satu, kita tak boleh hantar emel, terima SAHAJA ok!..Selamat mencuba..

Bug Me Not - Tak payah register pun boleh login!

Pertama sekali, maaf pasal tajuk post ni, aku taktau nak letak tajuk yang sesuai..heh..Ok la, website yang aku paparkan kali ni memang best! Sebab apa best? Sebab kita boleh dapatkan/kongsi username dan password untuk website2 yang memerlukan kita daftar dan login untuk masuk..Sangat sesuai kalau kita nak cepat atau tak nak daftar..Antara website2 yang ada ialah youtube, imdb dan macam-macam lagi..Cubalah..Best woo..haha..

Link

http://www.bugmenot.com/

Spam Poison - Mampu untuk mengelakkan spam?

Lawan spam!

Dalam sehari, hampir seratus spam yang membuat cubaan di blog infomalaya ni, termasuk la kat shoutbox kat sebelah ni..Boleh tahan sengal jugak spam ni, meluat betul. Aku ada terjumpa satu cara penyelesaian yang mungkin boleh mengurangkan/mengelakkan spam dari masuk ke blog ni, iaitu Spam Poison.

Spam Poison?

Berdasarkan website ini, mereka bilang apabila kita meletakkan code/button di dalam blog kita, ianya akan memperdayakan spambot yang cuba meng’scan’ dengan menyedut/memerangkap masuk spam tersebut ke dalam website mereka..Setakat ni aku dah pasang button tu kat sidebar, boleh nampak kan? Aku baru perasan yang ada sebuah blog dah pakai benda ni, iaitu blog elaneman.com, jadi kalaulah saudara ZeMms terbaca post ni, diharap dapat berkongsi pengalaman berkenaan spam poison ini sekiranya ianya berkesan..hehe..kalau nak harapkan Akismet sahaja, tak boleh jugak..huhu..

Block Poster - Jom buat poster dinding!

Buat Poster dinding!

Block Poster?Apa tu?

Aku baru sahaja join StumbleUpon, masa dok asyik stumble tu, terjumpa pulak website ni..Bagus betul..haha..Dengan 3 langkah mudah, kita boleh buat poster besar yang boleh ditampal di dinding bilik kita..Caranya kita upload gambar yang kita nak, lepas tu dia akan resize supaya besar (boleh pilih saiz), dan potong kepada beberapa keping (bentuk saiz A4), dah siap, kita download fail PDF tu, dan print..Lepas print, boleh la kita gamkan semua gambar tu untuk membentuk satu giant poster..Menarik kan?

Mana link?

Klik kat sebelah –> http://www.blockposters.com/

Simple Windows Virus Coding - Jangan guna tak tentu hala!

Ms-Dos

Post kali ni agak serius dan boleh menimbulkan kontroversi skit..Aku harap pembaca dapat amik positif dari post ni, harapan aku agar semua dapat tahu cara virus bekerja dan camna nak elakkan diri dari terkena virus disamping mengetahui
struktur virus yang paling mudah..Dengan menggunakan Batch Programming..

Baca entri ini sampai habis »

GiveAway - Dapatkan Software PERCUMA di sini!

Dapatkan Software PERCUMA di sini!

Masa merayau-rayau kat blog liewcf, aku terperasan la link giveaway ni..Ingatkan website freeware biasa, rupanya bukan..Website ni menawarkan software2 yang sepatutnya perlu dibayar kalau nak digunakan..Tapi mereka bagi FREE ja asalkan kita download dan install hari tu jugak..Contohnya macam ni, kalau hari ni dia offer software AAA, kalau esok kita nak download software AAA tu, dah tak boleh sebab masa dia dah habis..Dia bagi masa 24 jam sahaja..Jadi seelok-eloknya, pergi la tiap2 hari..Mana tau kalau2 ada software2 bagus boleh dapat free..

Mana linknya?Nak pergi download nih!!

Ambik nih, http://www.giveawayoftheday.com

Sedikit Notis

Sekarang ni aku dan team aku sedang mempromosikan infomalaya..Kalau boleh nampak kat blog ni, Azraai dah tolong buatkan infomalaya toolbar, cik Nuril sedang menyiapkan entri untuk blook (aku pun buat jugak,cadang nak hantar 3 entri) dan aku dah kemaskini page links..Aku mempelawa sesiapa yang ada blog tu untuk bertukar links ngan blog aku yang tak seberapa ni, asalkan ‘add’kan dulu link aku pastu bagitau aku melalui emel atau shoutbox..

Berkenaan spam di shoutbox, setakat ni aku memang tak boleh buat apa2 melainkan buang atau tukar shoutbox lain..Tapi spam tu tak la mengganggu sangat..lagipun aku boleh padam kalau nak..hehe..Kalau buang nanti sunyi lak blog ni..

InfoMalaya Toolbar


Toolbar ini masih dalam peringkat BETA dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sebarang pengumuman mengenai toolbar akan dibuat oleh admin IM.

Fungsi toolbar InfoMalaya

  • Artikel dan berita terkini dari InfoMalaya
  • Carian artikel dan berita dari InfoMalaya
  • Pengumuman dari admin InfoMalaya
  • RSS dari blog terkemuka

Download

Halaman 1 daripada 3123»