Arkib

Ibarat lagu Alleycats – Setahun sudah berlalu, esok kita akan melangkah ke tahun 2008. Cepat sungguh masa berlalu =) . Baik, mari kita lihat apa yang menarik sepanjang tahun 2007 dalam dunia blogging. Aku juga akan selitkan ramalan aku(Yang semestinya belum tentu betul!) untuk tahun depan.
1) Kewujudan blog-blog di Malaysia semakin bercambah
Satu perkara yang sihat. Kemungkinan besar kerana wujudnya ebook yang mengajar cara-cara menggunakan Wordpress dan kecenderungan untuk membuat duit melalui blog. Tahun depan, aku suspek angka ini akan bertambah!
2) Wujudnya rangkaian pengiklanan blog di Malaysia
Dulu cuma ada dua. Kini sudah ada 4! Nuffnang, Advertlets(Bila mau hantar cek?), GrabMyAds dan juga yang terbaru Nufflets(Dulunya GoKita, tapi sekarang sudah tukar). Jadi sudah tentu makin banyak lagi blog-blog akan wujud. Adakah di tahun 2008 kita akan dapat melihat munculnya rangkaian pengiklanan yang baru? Mungkin..
3) HappyPeople Media
Ya, kumpulan tidak bergaji ini lahir dalam tahun ini. Bermula dengan projek Blogtitude, dan kemudiannya disusuli pula oleh idea PC Malaya oleh MohdIsmail, dan kini kami telah menjadi satu kumpulan yang agak ramai, iaitu HappyPeople Media. Perjalanan kami masih jauh, jadi banyak lagi yang masih perlu kami perbaiki dan bangunkan. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami!
4) Gathering blogger
Tahun ni saja, sudah 3 gath aku dah pergi(yang paling baru semalam, terima kasih geng MsjBox!). Tapi ada banyak lagi gathering yang wujud tahun ni. Rumpun’07 menyaksikan aktiviti sosial pertama kelolaan HappyPeople Media, tahun depan belum rancang lagi, hehe, tapi InsyaAllah ada.
5) Bob sudah kaya!
Hehe, penjualan BlogOhBlog agak mengejutkan kerana harganya 10 ribu USD. Tahun depan, mungkin akan ada lagi blog yang mungkin dijual atau diambil alih. Err, InfoMalaya tarak jual tau..haha..Sebab takda orang nak beli, hehe..
6) Syarikat TV/Media massa sekarang dah mula nampak potensi blog/internet
Buktinya TV3 dan Astro sendiri dah ada blog masing-masing yang mencanangkan tentang hiburan dan artis. Tahun depan tak tahu la syarikat mana pula yang nak ambil kesempatan.
7) InfoMalaya, InfoMalaya dan InfoMalaya
Tahun ni saja, dah 6 kali guna tema yang berlainan. Sori beb, eksperimen semua tu, haha..InsyaAllah lepas ni dah tak guna tema lain, tunggu hujung tahun depan pulak. Lepas ni nak fokus kat isi kandungan dengan kualiti entri. Tiada lagi entri-entri yang bersifat peribadi di sini. =)
Ayat penutup
Apa ramalan orang-orang yang baca entri ni tentang dunia blogging/internet tahun depan? =)
Entri sebelumnya « Zoho – Work. Online
Komen dari melayubuntu · December 31, 2007 @ 9:07 am
Slamat maju jaya pada thn depan…
Aku agak sesuatu yg best thn 2008…
Smoga xde krisis ekonomi lg mcm 1998..hoho..
Komen dari kita · December 31, 2007 @ 9:54 am
selamat maju jaya untuk malaysia negaraku Malaysia….sama-sama ler kita menyokong antara satu sama lain..selamat tahun baru dari kita
Komen dari jolife74 · December 31, 2007 @ 9:56 am
Selamat menyambut tahun baru 2008….semoga sukses..
Komen dari bitter · December 31, 2007 @ 10:08 am
2008 is going to be a gr8 year for all of us in d web industry! hehehe
Komen dari Mohd Ismail · December 31, 2007 @ 10:10 am
yeah! tinggal kurang 24 untuk 2007!
Komen dari Wizurai · December 31, 2007 @ 10:27 am
ramalan aku, makin ramai yg akan ada domain sendiri… dulu masa aku mula² beli domain sekitar 2004, berapa kerat je yg tau beli domain… huhuhu…
Pingback dari Perjalanan Hidup Kita » Berakhirnya 2007 Bermulanya 2008 · December 31, 2007 @ 10:31 am
[...] sepanjang tahun di blog yang saya suka baca : Hongkiat Norizamshah Amanz Infomalaya Blogohblog dan banyak lagi.Kalau anda tahu “Kita” ni selalu masuk blog anda.Jangan [...]
Komen dari afham · December 31, 2007 @ 10:39 am
ape2 pn yang pergi tetap pergi..
yang akan tiba bakal ditempuhi..
Komen dari Noorizam Shah · December 31, 2007 @ 11:08 am
aku meramalkan, orang akan berkeyakinan membeli secara online terutama orang Malaysia!
Komen dari Azhar Ahmad · December 31, 2007 @ 12:38 pm
Ramalannya, akan ada Malaysia Blog Conference!!!
Komen dari melayubuntu · December 31, 2007 @ 12:58 pm
hoho..satu lg..smoga mlm tahun baru smua ummat islam leh buat muhasabah akan dosa-dosa lalu..jangan la pi konsert2 walaupun konsert 2 ada permit dan perhimpunan halal-harap maklum AP
Komen dari flisterz · December 31, 2007 @ 2:27 pm
Bob sudah kaya hahaha
selamat tahun baru Bat!
Komen dari megat · December 31, 2007 @ 2:53 pm
Selamat Tahun Baru!
Insya allah disitu ada kemahuan maka disitu ada jalan. Makin ramai blogger maka makin ramai orang-orang kita yang menyokong usaha kita.
Komen dari dr.xero · December 31, 2007 @ 5:25 pm
selamat tahun baru kepada semua.. tahniah kerana dpt meharungi tahun 2007..
Komen dari MakLaN · December 31, 2007 @ 5:53 pm
tul tu en. Zul. Jangan tahun baru, maksiat pun bertambah.
Komen dari Advertlets Support · December 31, 2007 @ 5:58 pm
Hi, cek anda yang telah diminta di bulan November belum sampai tempoh lagi, dan akan sampai sebelum 10 Januari. Pembayaran biasanya dijadualkan 30-45 hari selepas akhir bulan cek diminta. Namun begitu kita akan terus mencuba untuk mengurangkan masa yang diperlu untuk cek diproseskan.
Komen dari Truckster · December 31, 2007 @ 6:20 pm
kewujudan blog makin bercambah memang benar…aku salah seorang yg skang ni tengah rjin ntuk menulis secara active…dulu hanya sekadar hobi saje….bTW kewujudan salah satu lg rangkaian pengiklanan NUFFLETS mungkin memberi tamparan yg hebat terhadap nuffnang & advertlets dah nama pon iras2 diorang…diharap memberi persaingan yg sihat & kita sbai blogger yg untung
Komen dari shadowX_19 · December 31, 2007 @ 7:02 pm
salam tahun baru bro…
ramalan erk..?
kewujudan para blogger yang mungkin bertambah ramai (mungkin para girl)
kewujudan media iklan yang semakin bertambah sbb zaman IT pun dah makin maju.
harga minyak, tol, brg mentah dan sebagainya meningkat lagi (oh tidak)
mungkin ada yang wat post pasal pilihan raya haha..
Komen dari dinzz · December 31, 2007 @ 7:07 pm
ramaln?? ermm bagi aku yang baru start blog nie, aku dapat rasa makin akan ada lebih bnyak blog akn wujud lagi. student cam aku je lah.. bayangkan klu mahasiswa2 universiti bnyak bergiat dalam dunia blog nie.. aku rasa deme dapat menyampaikan apa sahaja pendapat mereka.. taklah dikatakan student malaysia nie sume nye senyap je, ada gak yang mereka akan buat untuk negara,,
sekian
Komen dari Bat · December 31, 2007 @ 8:40 pm
Wahaha..Macam-macam ramalan yang hangpa ramalkan.. =) Kita tengok sapa yang kena.. ^_^
Dan selamat tahun baru buat semua!
Komen dari mimi · December 31, 2007 @ 11:23 pm
ramalan saya:
makin ramai blogger baru akan lahir
dan weblog akan bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan
selamat tahun baru!
Komen dari razifmustapha · January 1, 2008 @ 12:20 am
selamat tahun baru 2008!! wish best luck to u all!!
Komen dari azwanhadzree · January 1, 2008 @ 1:11 am
Selamat tahun baru Bat.
Ramalan aku untuk 2008 – Bat gatal nak kahwin
Komen dari allsunday · January 1, 2008 @ 5:00 am
Waliao…. orang islam tahun baru lambat lg la dong… apa da g sambut budaya kristian…hehe jangan mare cuma nak tegur jer…kalau kita xsedar skrg nanti cucu2 kita xtau plak yg tahun baru kita awal muharam bukannya tahun 2008.
ok…pasal bertambahnyer blog.bg aku senang jer…sbb ramai yang nak cuba dapatkan perhatian.perhatian apa? korang tanyalah diri sendiri…tepuk dada tanya selera.
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 10:17 am
Ramalan ‘membunuh’ ni, hahaha…Banyak la hang, lambat lagi aku nak kahwin! =P hehe
Komen dari icednyior · January 1, 2008 @ 12:03 pm
happy new year bat
Komen dari reezluv · January 1, 2008 @ 2:26 pm
fuh..makin lawa aku tgk blog ko ni bat..wa..dah macam website je..bukan blog..hehe..sekali tgk muka depan dh macam newspaper..hehe..dasat2..org terer programming ni best..memacam leh buat..huhu
anyway..happy new year 2008
Komen dari zool · January 1, 2008 @ 3:04 pm
Hm…setahun sudah berlalu namun adakah kita akan mengecapi setahun lagi kehidupan?? Wallahualam…
Komen dari chah_el · January 1, 2008 @ 3:10 pm
hahahahaha….memang meriah la tahun baru nie…semoga tahun baru ni dapat memberikan semangat baru kepada “BAT”…..tapi jangan dilupakan plak segala suka dan duka tahun 2007 yang mungkin boleh dijadikan ikhtibar…betol x bat..????
Komen dari awqi_zar · January 1, 2008 @ 5:35 pm
salam bro,
ramalan?camne yek..
harap malaysia jgn jadi mcm China dan Australia yg block internet(capaian) ke sesetengah web(social web t’utamanya)..
tahun nie pun iPhone akan sampai asia..
dan,dijauhkan ekonomi malaysia daripada merudum(gawat) mcm thun 97..ak bce kat internet ttg ramalan ekonomi malaysia(negara dunia ke-2 umumnya) akan jauh setiap 10thun..dan negara dunia pertama setiap 30thun..huhu..tahun nie aku grad..bg la chance cari kerja dlu..isk2..
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:52 pm
Aha, dah 10 tahun kan? Harap-harap tak jadi lagi la. ‘Kalau’ pun terjadi, harap tak teruk macam dulu. Amin!
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:52 pm
Selamat tahun baru dari kami jugak! =)
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:53 pm
Ya, salam tahun baru dari kami di Malaysia! =)
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:54 pm
Ya, petanda-petanda tu macam dah nampak. CSS3, HTML5, PHP5(tak la baru sangat) dan err,Blogtitude! hehe..
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:55 pm
Selamat tahun baru juga Mael. =P
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:55 pm
Aha, eh alamak, sori Wizurai, aritu ada cakap nak beli domain, tapi tak jadi lak..huhu..
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:56 pm
Aha, lepas ni aku nak tengok hang pakai domain sendiri Afham, =)
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:57 pm
Ehehe, Ebay pun dah ada wajah baru kan bro..Harap-harap camtu la..
p/s: pernah 2 kali beli barang secara online
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:58 pm
MBS? Hurm..Isu apa yang nak dibincangkan? Tapi mesti gempak kalau ada! haha
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:58 pm
Baik! InsyaAllah..
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:59 pm
Selamat tahun baru Dapi.. =P
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 6:59 pm
Selamat tahun baru jugak Megat!
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:00 pm
Err err..taktau nak cakap apa dah..huhu..
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:03 pm
Baik, saya akan tunggu. Harap Advertlets akan terus memperbaiki lagi servis, sebab sekarang ni ramai orang yang komplen tentang cek lambat.
p/s: InfoMalaya tak letak iklan advertlets bukan sebab kes cek. Jujur aku cakap, sebab utamanya ialah design theme ni tak mengizinkan, dan kami nak cuba jual iklan sendiri. Peace!
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:05 pm
Aha, persaingan sihat. Bila ada persaingan, baru la ada peningkatan! Betul tak? Ala, macam perang Celcom dengan Maxis dengan Digi, =) Kalaulah dulu tak ada Digi, aku rasa mesti caj SMS dan telefon masih mahal.
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:06 pm
Acul, arghh, minyak petrol, huhuhu..Tak dapek den nak nolong..
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:08 pm
Betui jugak tu dinz, tapi jangan sampai kena ISA dah la..Meluahkan pendapat tak salah, tapi jangan sampai keterlaluan..Pada pendapat aku la.. =)
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:09 pm
Aha, jadi lepas ni, makin bertambah la rakan-rakan blogger, haha.. =)
Selamat tahun baru.
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:10 pm
Selamat tahun baru Razif, teruskan bervektor tau! Aku suka hasil kerja hang.. =P
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:13 pm
Perhatian? Erm erm..Tak jugak, sebab ada orang menulis blog, dia tak harap pun orang masuk blog dia..Tapi ni golongan yang sangat ’sedikit’. Mungkin sebab terlalu personal.
Tapi kalau infomalaya, MEMANG kena tarik perhatian, aku menulis untuk orang baca, err salah tak tarik perhatian camni?
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:14 pm
Hepi new year olso lah, hehe =P
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:17 pm
Err, sebab “Bukan Sekadar Blog” agaknya, huhuhu..Reezluv, buat theme ni tak involve bab programming yang berat sangat. Fokus kat css ngan xhtml ja. Tambah pulak hang pandai design, jadi boleh la dapat theme yang elok!
Belum cuba belum tau bro
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:18 pm
Moga-moga dipanjangkan umur untuk tambah ibadat, InsyaAllah.. =) Ajal maut kuasa Allah.
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:20 pm
Owh, tahun lepas macam-macam jadi kat aku, huhuhu..Ni dalam mode ‘insaf’ la ni Chahel, haha..
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:21 pm
Relek bro, rezeki masing-masing..Macam yang selalu aku cakap, haha..
Komen dari Bat · January 1, 2008 @ 7:23 pm
Kepada semua ,sori tak update entri hari ni, public holiday kan?(Alasan) Esok InsyaAllah ada kemaskini.. =)
Komen dari razifmustapha · January 1, 2008 @ 10:25 pm
macih2, akan ku teruskan merungkai ilustrator yang aku tak abis khatam lagi ni
Komen dari chot · January 2, 2008 @ 1:22 am
epy new year bat…
Komen dari adq890 · January 2, 2008 @ 9:12 am
salam. teruskan usaha saudara…moga this year blog nie lg ‘boom’..hapy new year.
Komen dari fuszters · January 3, 2008 @ 12:33 am
yeah info terkool di malaysia
Komen dari kita · January 3, 2008 @ 11:39 am
eshhhh banyaknya komen….letih nak baca
apa pun satu sokongan bagus untuk infomalaya
Komen dari allsunday · January 3, 2008 @ 2:11 pm
hehe..buat apa pikir yg dah lepas.hari yg sudah biarkan jer berlalu dan masa depan tak perlu diharap sangat menjadi milik kita.yg penting fikirkan apa yg perlu dibuat hari ini dan bila sudah pun masuk hari baru biarkan yg lepas menjadi sejarah kerana berapa ramai yg belajar drp sejarah dan akhirnya sejarah sama saja yg berulang.
masa depan walaupun tidak akan jadi milik kita..sekurang2nya ia tetap ada dlm diri kita.
Komen dari neutronics · January 3, 2008 @ 8:47 pm
bila pulak boleh submit site kat blogtitude tu? huhu.. dah lame dah tunggu ni..
Komen dari azhad · January 10, 2008 @ 6:53 pm
Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429
Komen dari Bilik Sebelah · January 11, 2008 @ 10:55 pm
Aku pening la dgn susunan theme baru ni.. Lawa mmg lawa.. Huhuhu… Sape buat theme ni bat?
Pingback dari Laporan untuk tahun 2008 « InfoMalaya dot Com · January 1, 2009 @ 9:26 pm
[...] menarik berkenaan dunia internet dan teknologi, sila ke blog Amanz.my, dan, sila lihat jugak entri tahun lepas mengenai ramalan untuk tahun 2008 oleh infomalaya dot com, dan para [...]