Arkib untuk December, 2006

Jawapan dari 3 jenis golongan manusia

Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya mereka menjawab :

Soalan 1 : Adakah anda solat 5 waktu??
X : Sudah tentu solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah

Soalan 2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Of coz la posa malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

Soalan 3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham nnt..

Baca entri ini sampai habis »

Richard Mille Tubular Tourbillon ‘012′ - Internal Art

Aluminium Alloy winding barrel, going train and tourbillon cage
The aluminum alloy Anticorodal 100 (AlMgSi1) is normally used in industrial engineering applications such as skyscrapers, ships and sports cars and is composed of aluminum, magnesium and silicium.
This particular alloy was selected for its combined qualities of low mass inertia, endurance and dynamic strength, the special ability to absorb vibrations and a high resistance to corrosion and wear.”

Ehh..ada lagi la –> Baca entri ini sampai habis »

Teknolgi EVD bakal menggantikan DVD?

Pagi masa aku baca Kosmo!, ternampak artikel pasal EVD ni, lantas aku terus meng”google” untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut..Apa yang aku dapat tahu pasal EVD ini ialah :

  1. EVD - Enhanced Versatile Disc.
  2. Teknologi yang dibangunkan oleh negara China.
  3. Dikeluarkan pada tahun 2003 tapi pada masa itu kurang mendapat sambutan kerana ketika itu teknologi DVD sedang berkembang.
  4. Menggunakan codec vp5 dan vp6 yang mana kos perlesenan jauh lebih murah dari codec MPEG-2. Tetapi kualiti codec vp5 dan vp6 ini jauh lebih efisyen dari MPEG-2 kerana dapat menyimpan file HDTV.
  5. Kini hampir semua syarikat pengeluaran elektrik di China akan menghentikan pengeluaran pemain DVD dan akan mula mengeluarkan pemain EVD menjelang tahun 2008.
  6. Teknologi EVD mempunyai sistem anti-piracy yang lebih kukuh berbanding DVD.

Sumber : Wikipedia dan Kosmo!

Speaker Ternipis di dunia!

Jurutera di Panasonic telah merekabentuk sebuah speaker yang mempunyai tebal 1.5mm sahaja! Mereka mengatakan yang kualiti bunyi yang dihasilkan oleh speaker ini tidak akan terjejas walaupun saiznya yang nipis.

Mungkin lepas ni, kita boleh lihat Panasonic meletakkan speaker ni dalam handset menjelang tahun depan… :D

Sumber : PlasticBamboo.Com

Personal Development for Smart People

Mantap kan tajuk post kali ni? :D Untuk pengetahuan pembaca, blog ini (gambar di atas) merupakan satu tempat yang aku rasa patut di’bookmarked‘ oleh semua orang.. Sebabnya ialah, bahan bacaan dalam blog tu dapat memotivasikan dan menyedarkan kita khususnya rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu agar berfikiran lebih positif dan maju..

Tapi jangan salah faham eh, aku tak cakap orang Malaysia atau Melayu sekarang tak maju..Aku percaya kita boleh pergi lebih jauh dan maju lagi dalam bidang teknologi.. :D

Kalau berminat, sila klik SINI.

Terima kasih kepada Fuad untuk info di atas.

IP to Location

OK, semalam masa aku nak trace spammers yg cuba mengganggu keharmonian blog ni, aku terjumpa website ni, IP2LOCATION.com :D

Dengan menggunakan servis ni, aku boleh trace dari negara mana IP itu berasal..hehe..

Jadi, sesiapa yang nak cuba, bolehlah klik SINI.

Tips untuk Masalah Tidur : Insomnia

Kajian menunjukkan insomnia(susah untuk tidur,selalu berjaga di tengah malam dan kualiti tidur yang rendah) telah merebak dikalangan golongan dewasa sebanyak 45%!

Lebih kurang seorang dari 2 orang mempunyai masalah tidur. Insomnia berkait rapat dengan masalah kesihatan seseorang dalam memberi perhatian ketika berkerja,belajar dan bersukan. Akibatnya, ramai yang mengalami masalah ini terjebak dengan masalah tekanan mental dan penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Di bawah merupakan tips yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah tidur:

  1. Tidurlah mengikut jadual dan biasakan diri untuk tidur dan bangun pada masa yang kita telah tetapkan.
  2. Bina persekitaran yang kita rasakan boleh membuat kita tidur. Contohnya, padamkan lampu, tutup tv atau radio dan juga pengudaraan yang baik.
  3. Jangan biarkan diri anda tertekan atau memikirkan sesuatu ketika anda hendak tidur. Ini akan menganggu fikiran anda dan menyebabkan otak anda berkerja untuk menyelesaikan masalah itu sehingga menyebabkan anda susah untuk tidur.
  4. Elakkan meminum kopi atau minuman yang mempunyai kaffeine/alkohol. Kalau nak tidur pukul 10, paling lewat boleh minum, pukul 8.
  5. Carilah sebab untuk anda tidur. Elakkan tidur pada waktu petang. Seeloknya bersenamlah 30 minit sehari dan 4 jam sebelum masuk tidur.

Jadi, adakah anda mempunyai masalah tidur? Kalau ada, macam mana anda menyelesaikannya?

Terjemahan dari : Yahoo! Health

Tutorial membuat bunga kertas

Kalau berminat untuk buat bungan kertas macam dalam gambar di atas, sila klik SINI.

Selamat mencuba!

Concept Laptop dari LG

Menggunakan teknolgi OLED dan Fuel Cell, laptop yang diberi nama eBook ini nampak stylo dan mantap.. :D Rekaan ni juga telah memenangi anugerah Red Dot Award “Best Concept Design” bagi tahun 2006. Tapi belum ada berita atau info bila laptop ini akan dipasarkan..

Sumber : Laptoping.Com

Tulus1.0 beta : 3 Column WP Theme

Haha..oleh kerana cypher dah releasekan theme dia, sampai la pulak giliran aku.. :D

Dah lama sebenarnya theme ni dah siap..huhu..Aku nak ucapkan terima kasih kepada orang yang sudi bagi komen pasal theme ni(ikram_zidane,cypher,azraai dan aman)

Untuk melihat demo dan download, sila klik sini. :D

Sebarang komen dan kritikan dan juga bug, sila bagitau secepat mungkin..sekian..

CypherFS Bliss : 2 Column WP theme

Semalam, membe aku si Cypher, dah release theme dia(Fresh lagi)..hehe :D

Untuk melihat demo, klik sini..dan untuk download, klik kat sini.

Bawang Putih Bawang Merah : Alya Vs Siska

Sinetron bawang putih dan bawang merah sekali lagi menjadi perbualan hangat. Hasil daripada permintaan ramai, di sini kami akan memaparkan gambar-gambar pelakon utama bagi sinetron itu iaitu bawang putih(Alya) dan bawang merah(Siska)..Untuk melihat gambar siska —> Baca entri ini sampai habis »

Typhoon/Ribut Durian melanda Filipina

Beratus-ratus penduduk Filipina berada dalam ketakutan selepas Ribut Durian melanda di perkampungan mereka..Sumber dari BBC news :

Emergency officials said at least 200 people had been killed. The Red Cross says many more are still missing.

Areas near Mayon volcano, south-east of Manila, were among the worst-hit by Typhoon Durian.

A local mayor said several villages had been wiped out, with only roofs jutting out of the mud and debris.

“It’s terrible. We now call this place a black desert,” said Noel Rosal, mayor of Legazpi, the capital of Albay province, after visiting one stricken village.

Rains caused by the typhoon brought mud and rocks down hillsides.

The full extent of the damage wrought by Durian is not yet known because power and telephone lines have been brought down, but as many as 22,000 people across the region are thought to have been affected.

Links

Belajar English secara Online dan Percuma!

Assalamualaikum dan selamat pagi :-), kepada sesiapa yang nak ‘improve’kan penggunaan bahasa inggeris, boleh la cuba layari dan belajar kat website ni, kaedah dia pun macam sempoi ja, ada langkah-langkah macam dalam screenshot kat atas..Amat berguna kepada Internet Marketer melayu yang ingin belajar bahasa inggeris tapi tak ada masa nak ambil kelas. Aha, juga tak lupa kepada sesiapa yg tengah bercuti(kan musim cuti sekarang ni? :-D) boleh la cuba..

Sila layari http://www.thinkglish.com untuk mencuba!
Sumber : www.OmaQ.org

p/s : aku bukan nak banggakan bahasa inggeris dan pandang rendah pada bahasa bangsa aku sendiri,bahasa Melayu, aku cuma nak rakyat Malaysia bertambah maju dengan belajar banyak bahasa terutamanya bahasa Arab dan bahasa inggeris(sebab kebanyakan maklumat dalam internet guna bahasa inggeris, betul tak?) :-)

Statistik bulan November

Merujuk kepada statistik di atas..Alhamdullillah ada peningkatan dari segi visitor..yg hits tu tak kisah sangat..Nampak gaya strategi yang aku buat dan pakai selama ni boleh digunakan lagi.. :-) tapi bulan ni bakal ada strategi baru..hehe..

Banyak jugak peristiwa yg berlaku sepanjang bulan 11 yg lepas, di antaranya :

  • infomalaya tukar pakai theme baru - Tulus1.0 <--aku buat tapi ada byk kekurangan lagi..
  • Aku join forum - wpmalaysia , wangcyber dan scukz <--untuk tambah ilmu dan hits
  • Aku kenal membe2 baru - rontol,ikram_zidane,azraai,corrallinkz,reezo,khai dan yg aku tak sebut nama tu, sori tau..terlupa nama..

Dan yang paling penting, aku ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak kepada pengunjung infomalaya.com kerana sudi melawat blog ni..Rajin-rajin datanglah lagi :-)

Sekiranya ada apa2 soalan, bolehlah hantarkan pada ruangan FAQ atau kontek aku terus.

Assalamualaikum..

Halaman 3 daripada 4«1234»