Wah…malaysia dah ade 3 satelit komunikasi. MEASAT 1, 2 dan 3.
Pagi tadi tepat pukul 7.30 pagi (12/12/06) MEASAT 3 dilancarkan dari Kazakhstan. Kita dapat tengok LIve kat Astro Ria dan RTM1. huh bangun awal sbb nak tengok.
Dengan pelancaran Measat 3 ini, maka liputan (footprint) satelit malaysia menjangkau 2/3 dunia dan lebih 100 buah negara. ini bermakna coverage ketiga-tiga satelit Measat ini dapat di terima dari Jepun hingga ke Eropah dan dari Rusia hingga ke Australia. pergh… luas tuh.
Measat 3 yang dibangunkan oleh Boing membawa 24 transponder KU band dan C band. kalau nak tau KU band ni merupakan gelombang berkuasa tinggi dan salah satunya memncarkan siaran digital ASTRO direct ke rumah anda. mana kala C band pula adalah gelombang komunikasi analog biasa untuk telefon, data dan siaran tv analog. Berbanding C band, KU band lebih mudah terbiasa oleh awan dan hujan.. tu pasal org akan tutup astro bila hujan. tetapi KU band ni ada kelebihannya. selain berkuasa tinggi, footprint nya boleh di fokuskan. ini bermakna. measat boleh fokus pancaran ke semenanjung sahaja ke, sabah serawak je ke atau tasik chini je ke…..hehehe…. MEasat 3 ini beroperasi pada kedudukan 91.5 E iaitu berhampiran dengan Measat 1.
dengan terlancarnya measat 3 maka tinggal lagi 2 satelit yg bakal di lancarkan oleh measat. iaitu Measat 1R (pengganti measat 1 nanti) dan measat 5..
Untuk melihat pelancaran Measat 3, klik sini!
Ditulis oleh : Saudara Afiq Bin Imam