Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib untuk December, 2006


Salam Aidiladha dan Tahun baru 2007

Selamat hari raya korban..

Ada ucapan? letak kat ruang komen.. :)

Benda lucu tentang IE7..

Semasa aku nak uninstall IE7(sebab aku nak install balik IE6, sebab nak tgk theme compatibility), satu kotak telah muncul seperti gambar di atas…Boleh sesiapa terangkan kat aku adakah benda2 dalam tu akan bermasalah sekiranya aku uninstall IE? Semestinya tak bukan? Orang2 kat MicroSoft tu dah semestinya lagi pandai dari aku, tapi apasal la depa p buat benda yang aku rasa macam nak memonopoli nih..Dulu dah naik court pasal kes monopoli..tak serik2 lagi agaknya..

p/s:Pedulikan ja mesej dalam gambar tu..haha..Aku bukan anti IE ok, aku pun guna IE gak, tapi selalunya guna FireFox dan Konqueror..

p/s lagi : bila la line intenet ni nak ok ha? isk isk.. :(

Memorandum Akhir Tahun InfoMalaya

Assalamualaikum semua :)…3 hari lagi tahun 2007 bakal menjelma..Dah set azam tahun baru masing-masing?haha..Baguslah kalau dah set..Ok la, entri kali ni aku nak bercerita panjang lebar tentang apa yang telah dicapai infomalaya semenjak mula ditubuhkan sehingga sekarang, projek2 yang tergendala, projek2 yang bakal dijalankan dan juga projek yang sedang dilaksanakan..

Apa yang dah dicapai infomalaya sejak beralih kepada blog pada bulan Ogos 2006?

  1. Yang pertama sekali ialah bilangan pengunjung yang semakin bertambah..Alhamdulillah, aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang tidak putus2 datang, rakan2 bloggers dan tak lupa juga kepada ahli forum infomalaya yang sudi meluangkan masa di forum…Terima kaseyyy!! :)
  2. Dan kini, untuk pengetahuan semua, selepas ini, infomalaya akan diterajui oleh aku seorang sahaja,Bat, dan tidak lagi bersama Skylinez kerana dia telah pun berkerja dan tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kepada blog ini..Nanti kalau dia ada masa, mungkin dia join balik… :)
  3. Selepas ini, entri akan dikemaskini setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad disebabkan masa tu la aku nak berehat..lagipun 3hb ni, aku dah mula kelas..Minta maaf eh semua..Tapi kalau aku ada kelapangan, InsyaAllah aku akan cuba post entri waktu tu.. :)

Projek2 Terbengkalai a.k.a Gajah Putih

  1. Projek T-shirt infomalaya - Sebabnya ialah, belum jumpa vendor baju yang boleh bagi harga berpatutan dan bilangan ahli forum infomalaya tak cukup ramai(ramai tu ramai,tapi sekadar daftar, lepas tu terus tak datang2..haha..forum ni mana ada tempat nak download mp3..).
  2. Projek Pengiklanan/Penaja - Terpaksa ditangguhkan atas dasar2 pengurusan infomalaya belum stabil dan cekap..Aku tak nak nanti pihak pengiklan rasa tak puashati dan sebagainya sebab aku buat benda ni tanpa perancangan yg rapi dan mampan…
  3. Aku mintak maaf banyak2 sebab perkara di atas..Aku bukan nak menabur janji manis atau menanam tebu di pinggir bibir..huhu..tapi macam aku cakap tadi, sekarang aku ngah sorang2..Banyak lagi benda yg aku nak kena jaga dan maintain..Kalau ada apa2,InsyaAllah aku akan maklumkan..

Projek2 Yang bakal dijalankan

Tak nak cakap sebab risau nanti jadi macam projek2 yg kat atas..haha..Cuma yang aku boleh cakap, aku nak buka tawaran hosting blog di infomalaya, tapi ada la syaratnya..Masanya belum sampai lagi, jadi aku simpan dulu benda ni..Dah ada yg tahu pasal projek ni, jadi diam2 la dulu ok.. :)

Projek Yang sedang Dilaksanakan

  1. Projek bersama antara Azraai, Novatech, EmptySpace dan aku sendiri..Sedang berada di peringkat Beta..Projek yang bakal menggegarkan ruang siber seantero Malaya..Projek besar ni..Nama projek takleh bagitau lagi(walaupun dah ada yang tau..cis..)
  2. Theme infomalaya versi 2.0, progres dalam 30 peratus sahaja..Aku nak design theme yang mempunyai ciri2 mesra pengguna,mesra browser(IE,FF dan handset@pda),berlandaskan web standard yg betul dan yang paling penting sekali, boleh mencerminkan blog wordpress yang mantap(lawa la tuh)… :) Jadi sekarang biarlah theme Tulus1.0 ni mengambil tugasnya dulu..

Ok, sekian dulu untuk hari ni,salah dan silap harap ampunkan, terima kasih kerana memberikan sokongan anda untuk blog ni..

Majulah infomalaya untuk negara… :)

Tag:5 benda yang anda tak tahu mengenai Bat

Dua hari lepas, aku telah di”Tag” oleh En Cypher, benda ni lebih kurang macam game..Jadi dengan hati yang terbuka, aku pun nak jawab..haha..Ok, 5 benda yang hangpa tak tahu tentang aku:

  1. Berat badan aku 60kg dan tinggi 174cm, jadi mesti orang dah boleh agak yg aku ni agak kurus, kan? :)
  2. Kepada orang yang pertama kali tengok aku akan cakap aku ni jenis serius,pendiam,sombong dan tak ada ciri-ciri seorang cikgu.. :) Tapi tak kenal maka tak cinta la brader..haha..Tanya la sapa yg kenal aku, aku bukan macam tu..
  3. Aku amat berminat dengan muzik, tak kira la muzik jenis apa pun..dan aku mula bermain muzik(gitar) dari aku darjah 5(1995) hinggalah sekarang…Dah pernah ada band sendiri,tapi berpecah sebab masing2 ikut haluan sendiri..
  4. Amat suka pada bolasepak..Minat aku bermula pada World Cup 2006 tahun ni, dan lepas tu terus serius bermain bola ngan dorongan kawan2 aku lantas terbeli but nike tiempo berharga rm150 di Sg Wang Plaza…Tu la kasut paling mahal yg pernah aku beli..haha..
  5. Aku masih solo walaupun umur dah 22..bukan tak nak mencari, dah cari tapi asyik dapat yang awek orang punya..hahaha..Jodoh tak ada lagi agaknya.. :) lagipun aku sekarang asyik bz ngan infomalaya ja..tak sempat da..hehe..mesti hangpa dok gelak kat aku, tapi lantak la, apa yg nak dimalukan, ye tak? :)

5 orang yang aku nak kenakan:

Kepada orang yang aku sebutkan di atas, aku sesekali tidak memaksa untuk turut serta, tetapi lebih ceria dan best kalau buat..haha.. :)

Download ikon berkualiti tinggi secara percuma!

Tercari-cari ikon yang lawa, menarik dan berkualiti tinggi? Blog Maxpower ada menyenaraikan beberapa ikon hasil designer berpengalaman di sana..Untuk melawat, klik sini.

p/s:Aku ada ambil ikon kat sana untuk theme infomalaya versi 2.. :) tak tahan aku tengok, cantik sangat..haha..

Hosting blog percuma dari JomBlog.net!

Pertama sekali, aku nak minta maaf kat owner jomblog.net sebab lambat post benda ni..Aku tengah dok nak siapkan projek akhir tahun aku..sori eh..Ok la, di sini aku senaraikan keterangan mengenai jomblog.net ni..

Petikan dari jomblog.net:

Untuk permulaan:

  • Anda haruslah tahu bagaimana untuk mengendalikan program FTP kerana sebahagian besar proses pemasangan blog anda adalah melibatkan program FTP
  • Anda mestilah menggunakan Wordpress sebagai enjin blog anda
  • Ini adalah buku panduan Wordpress percuma dalam bahasa Melayu yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.

Apa yang anda akan dapat?

  • subdomain - (nama pilihan anda).jomblog.net
  • 75MB of storage
  • Bandwidth tidak ditetapkan
  • PHP and MySQL
  • satu akaun FTP

Syarat-syarat:

  • Anda dilarang daripada memaparkan bahan-bahan lucah
  • Anda juga dilarang daripada menjadikan ruang blog ini sebagai ruang download mp3 dan sebagainya
  • Blog dalam Bahasa Melayu adalah amat digalakkan
  • Kandungan blog anda mestilah informatif
  • Blog anda mesti dikemaskini sekurang-kurangnya sekali sebulan

Lain-lain:

  • Permohonan akan diproses secara manual. Harap bersabar.

Berminat, hubungi fauzan (at) gmx.de dan nyatakan nama pilihan untuk subdomain anda.

Digital Malaya Project - Artist Playground

Pertama sekali, infomalaya tidak ada kaitan langsung dengan digitalmalaya yang bertaraf prestij ni.. DigitalMalaya merupakan tempat artis-artis yang berbakat (Fine Art, Creative design etc) berkumpul.. Kumpulan ini juga telah mengeluarkan sebuah Majalah elektronik yang diberi nama “Mekar Mara“..

Info lanjut, sila lawati http://www.digitalmalaya.com

Jom buat Origami!

Aha..Kepada sesiapa yang nak isi masa lapang, boleh la cuba hobi ni..Aku waktu sekolah dulu selalu buat jet ngan motobot ja..hehe.. :) Kalau ada orang yang serius buat origami ni, rasa-rasa aku la, boleh buat duit..

Di bawah adalah links yang boleh dirujuk:

  • http://www.origami.com/
  • http://www.origami.vancouver.bc.ca/
  • http://www.paperfolding.com/

Yang lain-lain sila rujuk Encik Google.. :)  Selamat mencuba!
p/s:Gambar di atas diambil dari http://www.origami.com

BrowseHappy-Katakan tidak pada IE!

Internet Explorer tidak sesuai untuk melayari web..Bukan aku yang cakap, depa ni yang cakap..hehe..

Gunalah Musang Berapi untuk melayari internet.. :)

Demoplanet.tv-Kini di Tambun,Perak

Pada 19 November 2006 yang lepas, rakan media rasmi infomalaya.com, Demoplanet.tv telah pun membuka cawangan baru mereka di Tambun, Perak..Terima kasih kepada Abang Wantranz kerana telah menghantar beberapa keping gambar sepanjang majlis perasmian di sana..Tapi malangnya wakil infomalaya tak dapat pergi,huhu..Sori ya bang.. :)

Baca entri ini sampai habis »

Halaman 1 daripada 512345»