Arkib

Post kali ini merupakan satu penulisan mengenai strategi ke arah melahirkan blog yang berkesan dari segi isi kandungan dan kemantapan blog. Ditulis tengah malam tadi, sampai tak tidur dibuatnya(adoi..) setelah mendapat ilham yang ntah datang dari mana..
Kalau nak tau lebih lanjut, teruskan membaca (klik link di bawah!)
Di bawah merupakan strategi yang aku rasakan berguna kepada para bloggers, tapi aku yakin dah ada yang dah guna strategi di bawah, tapi mungkin bukan semua..
Ini lebih kurang macam garis panduan la sikit-sikit..
Kenal pasti Sumber info atau maklumat untuk blog anda
========================================
Untuk memastikan anda tidak kekeringan idea untuk berblog, senaraikan beberapa blog/website yang dapat dijadikan sumber inspirasi atau maklumat anda. Contoh di bawah ialah blog/website yang infomalaya.com guna untuk cari ilham.
www.bharian.com.my
www.utusan.com.my
www.softpedia.com
news.google.com
aslidantulus.blogspot.com
www.amanz.net
www.hackaday.com
www.jasakom.com
www.liewcf.com
www.tech-scope.com
www.enaku.com
www.cypherhackz.net
www.sun2surf.com
[..Akan ditambah dari semasa ke semasa]
Kemaskini blog anda
===============
- Sentiasa kemaskini blog anda secara konsisten. Maksudnya di sini, sama ada sehari sekali, 2 hari sekali atau 3 kali sehari. Jangan sesekali biarkan blog anda terbiar tanpa post/artikel terbaru atau maklumbalas terhadap komen pengunjung.
- Sekiranya anda tidak dapat mengemaskini blog dalam jangkamasa yang lama, kerana sebab-sebab tertentu seperti bercuti dan sebagainya, tinggalkan pesanan kepada pengunjung mengenai tarikh anda mula bercuti dan bila anda akan kembali. Jangan biarkan pengunjung tertunggu-tunggu post anda sehingga mereka berfikir yang anda sudah kehabisan idea untuk berblog atau sudah pun meninggal dunia.
Touch-Up blog anda
===============
- Tukar theme blog anda mengikut waktu yang anda rasakan sesuai. Kalau anda rasa bosan dengan theme yang diguna pakai sekarang, apatah lagi pengunjung anda.
- Pastikan pengunjung dapat navigate blog anda tanpa sebarang masalah. Kenal pasti sebarang respon pengunjung sekiranya ada apa-apa masalah dan cuba selesaikannya secepat mungkin.
Mengekalkan hubungan silaturahim di antara para bloggers
==========================================
- Jangan abaikan mereka yang melawat dan meninggalkan komen pada blog anda, terutamanya rakan-rakan bloggers anda, tanpa mereka tak berserilah blog anda.
- Luangkan atau tetapkan masa yang anda rasa sesuai untuk melawat blog kroni/rakan-rakan/pengunjung anda. Contohnya pada hujung minggu atau jika anda memang rajin, 2 atau 3 hari sekali pun dah cukup, tak perlulah tiap-tiap hari.
- Selain mengeratkan silaturahim, selalunya anda akan mendapat info yang menarik dan terbaru yang dapat dijadikan sumber maklumat untuk post anda.
Mencari BackLinks untuk blog anda
=========================
- Backlinks amatlah penting kerana Google PageRank, Technorati rank dan Alexa traffic rank bergantung kepada berapa banyak backlinks anda.
- Backlinks adalah url blog anda yang berada di dalam blog/website lain. Cara-cara untuk mendapatkan backlinks ada dinyatakan di sini.
- Backlinks juga dapat menaikkan taraf dan kredibiliti blog anda.
- Sentiasalah mencari backlinks dari semasa ke semasa dengan bertukar links dengan blog lain.
Promosi dan hebahan
================
- Hantar artikel anda pada digg.com.my/digg.com.
- Buat forum marketing (join mana-mana forum dan letakkan url blog pada signature).
- Daftarkan blog anda di mana-mana direktori blog.
- Join mana-mana ranking topsites yang boleh dipercayai.
- Maklumkan atau emel pada majalah atau suratkhabar untuk review blog anda.
- Masuk mana-mana blog yang bagus dan tinggalkan komen berserta url blog ( Tapi pastikan anda beri komen yang bernas dan bukan sekadar hai sahaja).
- Buat T-shirt yang memaparkan url blog anda.
- Untuk mengetahui lebih lanjut cara-cara mempromosi blog, klik sini.
Mencari dan menguruskan iklan
=======================
- Sekiranya belum mempunyai akaun adsense, silalah berbuat demikian (tapi pastikan isi kandungan blog anda menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar)
- Anda juga boleh mencuba pelbagai alternatif adsense seperti Text-link-ads, Chitika, ClickSor dan macam-macam lagi.
- Cari private advertiser(pengiklan tetap) tetapi jangan ambil bayaran untuk selama-lamanya. Tetapkan harga untuk seminggu, sebulan atau setahun. Sebelum itu, kenal pasti bahagian mana dalam blog anda yang akan dikhaskan untuk ruang iklan.
Search Engine Optimization (SEO)
=========================
- Kenal pasti keyword utama yang menceritakan tentang blog anda.
- Seterusnya gunakan kaedah dan teknik SEO untuk memastikan blog anda berada di tangga top 10 untuk keyword utama blog anda.
Setakat ni,infomalaya.com dah cuba strategi ni..Alhamdulillah nampak la hasil tu ada..
Itu sahaja yang dapat saya(Bat) dapat simpulkan untuk strategi ke arah blog yang MANTAP. Sekiranya ada sebarang kesilapan atau tertinggal apa-apa, sila maklumkan pada saya. Terima kasih kerana sudi membaca.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum..
Entri sebelumnya « Statistik bulan Oktober 2006
Komen dari CypherHackz · November 2, 2006 @ 10:41 am
lagi satu. linkback kan ke website yang anda rujukkan. contohnye, sekiranya anda post artikel pasal sesuatu topik yang anda dapat ilham dari website seseorang sebagai contoh cypherhackz.net (he3), linkback kan dalam entry korang.
ini secara tidak langsung akan memberitahu kepada owner tersebut yang website anda telah link ke website tersebut dan ini dapat meningkatkan sedikit sebanyak page view.
ps: dalam wordpress ada inbound links kat dashboard. so sudi2 lah melawat website yang meng’linkback’kan site korang.
Komen dari Bat · November 2, 2006 @ 10:57 am
oh..tenq..kira cam kredit la kan?
memang dok buat camtu pun..selalunya bila terjumpa benda best2 dalam blog orang..hahaha..gatal ja tangan..
Komen dari amriena · November 2, 2006 @ 3:36 pm
satu lagi kalau nak dapatkan backlink free untuk add blog/website yang mana skali gus boleh naikkan page rank dengan masuk kat google… kemudian pada search engine masukkan hal yang berkaitan page anda..
contoh
page anda berkaitan dengan camera
so kat ruangan carian masukkan
camera “add url”
kemudian tekan search… anda akan dapati banyak gile page yang bagi anda buat link exchange dengan page diorang… so boleh dapatkan banyak click… banyak click maka tambahla sale di page anda…
Komen dari chot · November 2, 2006 @ 4:15 pm
wah benar kata tuan hamba tu…sememangnya langkah2 sebegini la yg kita cari….nanti kalau t-shirt dah siap buat la gathering ke..
Komen dari aman · November 2, 2006 @ 6:55 pm
eh..aku nyer tersenarai ar…
Komen dari BlackSun · November 2, 2006 @ 10:08 pm
mantap² bagus incik mohd bat wat cam ni …
Komen dari info_malaya · November 2, 2006 @ 11:13 pm
Trimas sebab sudi baca
, @chot:gath?hehe..tak terpikir lagi..tapi ok jugak cadangan tu
teruskan mengomen dan bagi cadangan..
Komen dari Bat · November 2, 2006 @ 11:36 pm
@amriena..dah try cara tu, memang terkejut..trima kasih eh..
Komen dari novatech · November 3, 2006 @ 10:35 am
=)
nanti aku coba mantapkan lagi blog menggunakan petua ni huhu
Komen dari info_malaya · November 3, 2006 @ 10:41 am
Jangan…jangan tak cuba
Komen dari aku · November 4, 2006 @ 12:45 am
wahha.. cannot stop myself la to repeat same word macam kat blog hardy web: info yang bagus
Komen dari ZeMMs · November 4, 2006 @ 12:22 pm
Quality content is the ultimate key
Komen dari shadowX_19 · November 4, 2006 @ 4:11 pm
uih.. memang bagus a ko bat… thanks sbb bagi cadangan n pandangan…
Komen dari mohdismail · November 4, 2006 @ 6:03 pm
info & tips yang bagus…hehe…
Komen dari al-Marbawi · November 4, 2006 @ 9:23 pm
ya.. ya.. betui tu..
saya sokong!!
Komen dari info_malaya · November 4, 2006 @ 11:32 pm
kalau ada cadangan komen2 la eh
tenq semua..
Komen dari shadowX_19 · November 5, 2006 @ 11:03 am
aku rase ni pun dah ok bat…. kalo aku ade cadangan lain aku kongsi ngan ko k
Komen dari fuad · November 8, 2006 @ 4:43 pm
guna ayat2 yg ghairah..”kasi suspens sikit” bila org baca..
Pingback dari Cara nak buat Blog at sx-studio Blog-Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin · November 8, 2006 @ 4:53 pm
[...] lepas dah letakkan template pastu korg start a bloging. en. bat ade buat cara2 nak memantapkan blog. sila click kat http://www.infomalaya.com tuk info tersebut [...]
Komen dari shadowX_19 · November 8, 2006 @ 4:53 pm
ghairah..? lain macam je maksudyer….
Komen dari gie · November 9, 2006 @ 11:50 am
erm…nak lagi best..buat ruang donlot besar2…kompem ramai datang…hehehe…nice tips…(salu gak gune tips ni..)
Komen dari info_malaya · November 9, 2006 @ 9:58 pm
ghairah?hehehe..ok jugak tu, nanti baru ramai yg nak baca
@gie, betul jugak, dulu rancang nak buat download, tapi space ciput..huhuhu
Komen dari korokmu · January 5, 2007 @ 5:15 pm
Satu je aku nk komen pasal theme ni. Takde search function, susah kalo org nak cari previous artikel
Pingback dari Bintang « cinta · July 11, 2007 @ 5:28 am
[...] Strategi ke arah blog yang Mantap! [...]
Komen dari piji · July 24, 2007 @ 2:46 pm
Halo…camner nak wat teknik SEO 2??…x brape nak reti la..
Komen dari joni · August 10, 2007 @ 2:20 pm
makasih
Komen dari monlet · November 17, 2007 @ 10:27 pm
lierbascn