Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib untuk October, 2006


Dapatkan uBuntu Linux melalui pos secara PERCUMA!

uBuntu Linux

Berminat dengan linux?tahu linux?nak cuba? :-)

Okeh, kalau ada sesiapa yang nak cuba uBuntu Linux, bolehlah request CD FREE kat sini! Tapi kenalah daftar dulu, pendaftaran teramatlah senang dan free..Jangan risau :-) Boleh pilih pakej CD yang kita nak..1keping?2keping?10keping?20keping?40keping?untuk Mac?Untuk 64bit? semua boleh..

p/s:Aku(Bat) dah pernah request dulu, dalam sebulan dia sampai, seronok betul aku masa tu :-) CD free la katakan, datang dari Afrika pulak tu..hehehe..Satu ja aku nak pesan, jangan pesan CD tu banyak2, nanti membazir..lain kalau nak jual.. :-)

Sumber: Laman web rasmi uBuntu

Optimakan penggunaan USB/Pen Drive anda!

USB Pendrive

Anda sangka pendrive hanyalah semata-mata digunakan untuk menyimpan data? :-) Dulu saya pun camtu juga..Tapi mungkin juga anda tak pernah terfikir yang pendrive dapat digunakan untuk : Baca entri ini sampai habis »

Hasilkan logo emel anda secara automatik dan PERCUMA!

Assalamualaikum..Selamat beraya :-) masa aku berkunjung ke blog tech-scope, maklum la raya2 ni..Aku terjumpa benda best ni..Dengan menggunakan servis ni, kita akan dapat logo/gambar emel kita. Apa yang aku tau, ianya amat berguna untuk bloggers yang nak paparkan alamat emel depa tapi takut kena curi oleh spammers..hehe :-)

Ni contoh yang aku dah buat:

Menarik kan? Kalau berminat nak cuba, silalah berkunjung ke web ini!

Firefox 2.0 sudah sedia untuk dicuba!

Firefox 2.0

Mesti ramai yang dah tau pasal Firefox ni kan? Sekarang versi baru dah keluar, jadi tunggu apa lagi? P la download :-)

Sumber : liewCF.com

Kehibaan penduduk di utara semenanjung ketika Aidilfitri..

Â

Â

Petikan dari Utusan Online:

Banjir yang melanda beberapa negeri di utara Semenanjung terutama di Kedah semakin serius dengan hampir 600 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat- pusat pemindahan sejak kelmarin.

Berdasarkan keadaan cuaca yang tidak menentu serta tiada tanda-tanda untuk reda, kebanyakan mangsa banjir terpaksa menyambut Aidilfitri di pusat-pusat pemindahan banjir.

Di Kampung Alor Jawi, Jalan Langgar, Alor Star, sebahagian besar sawah padi bertukar menjadi ‘lautan’ apabila ia dinaiki air serta boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk terutama kanak-kanak yang gemar bermain air.

Renungan:

Kepada umat Islam yang dapat beraya tanpa halangan seharusnya bersyukur kepada Allah. Namun demikian kita sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam perlulah membantu mereka yang ditimpa bencana..Subhanallah..

Perkara yang lebih baik dilakukan ketika menyambut Syawal.

 

 

 

 

 

 

 

Dipetik dari Berita Harian Online :

  • Pertama, memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) melalui ucapan takbir, tahmid dan tasbih.
  • Ucapkan tahniah kepada ketika bertemu sesama umat Islam dan berdoa agar amal masing-masing diterima Allah.
  • Bermaaf-maafan antara ibu, bapa, suami, isteri, anak, cucu dan saudara mara dan rakan.
  • Ziarah menziarahi kerana ia memupuk kasih sayang dan silaturahim.
  • Menjamu tetamu supaya mendapat pahala dengan amalan bersedekah.
  • Menziarahi kubur dan sedekahkan Al-Fatihah.

Untuk membaca lagi artikel berkenaan, sila klik SINI!

Anugerah Gang Jurnal 2006

 

Antara kategori-kategori yang dicalonkan ialah :
1) Weblog Baru Terbaik
2) Entri Terbaik (Kategori: Merangsang Intelek)
3) Entri Terbaik (Kategori: Menyentuh Emosi)
4) Entri Terbaik (Kategori: Mencuit Hati)
5) Fotoblog Terbaik
6) Rekabentuk Terbaik
7 ) Projek Terbaik (kategori: luar web)
8) Projek Terbaik (kategori: dalam web)
9) Anugerah Khas Juri (Maksimum 3 orang)
10) Anugerah Weblog Terbaik 2005 (AWET ‘06)
11) Anugerah Penghargaan Geng Jurnal

Untuk mencalon blog ini :-) atau orang lain sila lawati http://www.jurnal.biz/gath2006/anugerah/edit.php

Kiamat sudah dekat!

Kiamat sudah dekat..Mesti ramai yang ikut cerita ni kan? Mengisahkan Fandy yang nak ngorat anak dara Pak Haji, Sarah yang cun :-). Tapi semalam aku tengok benda yang buat aku merenung jauh..(cewah.. :-)).

Isu Pak Haji menyuruh Fandy belajar ilmu ikhlas..padahal Pak Haji sendiri pun baru nak belajar ilmu ikhlas..hehehe..mula-mula memang lawak..tapi bila tengok usaha dia,cara dia nak cari maksud ikhlas tu memang menarik..

Sekarang aku terpikir balik soal ikhlas dalam hidup..Sejauh mana kita betul-betul ikhlas dalam menjalani hidup dan ibadat kita..Kalau dalam konteks blogging pulak, adakah kita ikhlas dalam berblog?

Hanya kita dan Allah saja yang tahu, kan? Berikan komen dan pandangan anda..

Kad ucapan Hari Raya dari infomalaya.com

Selamat hari raya nooo..

Selamat hari raya semua..walaupun lagi seminggu.. :-) takut tak sempat nak post..hehehe..Kami (Bat & Yazid) ingin memohon ampun dan maaf kalau tersilap taip dan sebagainya hingga menyinggung perasaan mana-mana pihak, sama ada yang hidup atau yang dah meninggal (ayat skema)..hehehe..

p/s : Raya jangan lupa jenguk blog.. :-)

Survey design T-shirt infomalaya.com!

Okeh, design dah siap :-) Tinggal nak pilih ja lagi. Sebelum tu aku nak inform, terpulang kat anda nak pilih design yang mana. Tapi tolong consider formula di bawah :

  1. Corak banyak + warna banyak = Cantik + Mahal
  2. Corak kurang + warna kurang = Kurang cantik + murah
  3. corak simple + warna kurang = cantik + murah

 Untuk bahagian depan baju

Design A

A

Baca entri ini sampai habis »

Halaman 1 daripada 3123»