Arkib

Seperti yang dijanjikan, kali ni aku dah post Blogging Part 2 iaitu Resipi untuk mem’promote’kan blog..hehehe..Baca jangan tak baca..

  • Pastikan konsep dan isi kandungan blog anda unik,bermanfaat,berkualiti dan up-to-date untuk pengunjung. Jangan menghantar post yang tidak memberi manfaat, berbaur fitnah, bahan yang terlalu lama dan yang penting sekali, jangan hanya membuat post yang syok sendiri…
  • Kalau boleh, pastikan tajuk/title post tu bombastic atau boleh menarik perhatian pengunjung, jangan masukkan teks yang terlalu panjang dan jangan lupa masukkan gambar yang berkaitan…Pengunjung cepat boring kalau teks tu panjang sangat dan kalau tak ada gambar…Bak kata orang putih “The picture paints thousand words”…
  • Gunakan templates yang ceria dan mudah digunakan oleh para pengunjung.
  • Berdasarkan pengalaman aku, visitor akan boring dan terus keluar sekiranya mereka a susah dan tak tahu macam mana nak navigate dalam blog tu…
  • Jadilah seorang pembaca blog yang rajin dan baik. Selalulah berkunjung ke blog orang lain dan berilah komen anda di blog tersebut. InsyaAllah tuan punya blog tersebut akan melawat blog anda…
  • Layanlah dan berikan respon pada setiap komen yang diberikan oleh pengunjung anda..tanpa mereka, siapalah anda..jadi hargailah pengunjung anda…
  • Tukar link blog anda dengan blog lain. Hubungilah tuan punya blog tersebut melalui emel dan luahkan niat anda untuk bertukar link dengannya…
  • Claim blog anda di technorati.com, gunakan tags yang sesuai dan popular untuk post anda…Jangan lupa gunakan servis ping seperti ping-o-matic untuk ping blog anda…
  • Daftar blog anda di Blogexplosion.com…Dan gunakan segala kemudahan di dalam website tersebut…
  • Masukkan URL blog anda dalam signature emel anda.
  • Kalau ada friendster, jangan lupa masukkan URL blog anda sekali.
  • Submit URL blog anda di setiap search engine dan web directory yang anda tahu seperti google,yahoo!,askJeeves,cari.com.my dan lain-lain…
  • Hantarlah emel atau SMS dan beritahu rakan-rakan anda tentang blog anda..
  • Promosi secara fizikal iaitu buatlah sticker atau tempah T-shirt yang memaparkan URL blog anda…Cuba bayangkan, kalau lekat sticker tu kat kereta atau moto, berapa ramai orang yang akan ternampak URL tu? Sama juga kalau tempah T-shirt, mesti ramai yang nampak kalau kita pakai baju tu masa jalan-jalan kat luar…Ingatlah sesungguhnya manusia tu punyai sifat ingin tahu..jadi gunakan peluang ni..

Pesanan:InsyaAllah kalau anda buat seperti apa yang disenaraikan di atas, blog anda akan dikunjungi ramai orang…TAPI ingat, yang paling penting ialah usaha anda, dan banyak-banyaklah bersabar untuk memastikan blog anda dikenali orang..Bak kata orang putih, it is just a matter of time…Tips ni aku dapat melalui pengalaman aku sendiri dan hasil aku melayari blogs orang lain, terima kasih kepada juga kepada liewcf dan Cypherhack

Tunggu kemunculan BLogging Part 3 - Cara-cara nak dapatkan duit melalui blog!

Â

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://www.infomalaya.com

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 24 respon untuk entri “Blogging Part 2 unleashed!”

  1. Komen dari aman · September 4, 2006 @ 4:24 pm

    aku tgh tunggu camne nak dapat duti mlalui internet…

  2. Komen dari info_malaya · September 4, 2006 @ 4:32 pm

    Ya ka?takpa2..aku pun ngah dok mengumpulkan bahan jugak nih..sabar eh.. :-)

  3. Komen dari Zairul · September 4, 2006 @ 6:17 pm

    “Gunakan templates yang ceria dan mudah digunakan oleh para pengunjung.”

    Betul2.. aku setuju sangat.. tapi jgn terlalu colorful.. e.g) background hijau, font merah.. pening pakcik :P

  4. Komen dari tsc crew · September 4, 2006 @ 7:38 pm

    korang boleh check link free directory guna directory tracker sini..dia siap ada pr checker lagi..so korang boleh pilih directory yang korang suka.. :) (high-pr directorylah)
    http://www.articletrader.com
    submit guna tangan dan tengok. insyallah, selalunya selepas dua blog korang akan tersenarai.

    regards,
    fuad

  5. Komen dari CypherHackz · September 4, 2006 @ 10:14 pm

    erks! macih2 gak kat kau. he3. btw tuk blogexplosion tu, die just accept english site je. sebelum ni aku pernah submit site aku, tapi ditolak. thats why site aku skang ni english. tapi skang ni pun aku dah ada blog in malay. sila2 datang melawat jugak site lagi satu ni, myCypherHackz.Net

  6. Komen dari Bat · September 5, 2006 @ 2:36 pm

    Erm..betul tu..mmg dia tak terima blog yg pakai bhasa melayu..susah betul..:-(

  7. Komen dari Kaizen · September 8, 2006 @ 3:41 pm

    Bla tah kemunculan Blogging part - 3 2?x sabo ni..
    baru nak bjinak2 dgn blog ni..huhu

  8. Komen dari info_malaya · September 8, 2006 @ 3:43 pm

    Ya ka?Sabar eh…kena bagi laluan kat post lain sama..huhuhu..sori2.. :-)

  9. Komen dari Azahari · December 8, 2006 @ 3:31 pm

    Terima kasih atas panduan.Saya tak tau pulak sudah ada Digg untuk Malaysia.

  10. Komen dari surfaddict · December 8, 2006 @ 3:48 pm

    bagus info ni..thanks..akupun tunggu no 3 punyer keluar..uikh..ko bleh buat ebook ni..tp kasi free..hehehe

  11. Komen dari Bat · December 8, 2006 @ 3:50 pm

    huhu..terus terang aku cakap..mula2 ingat nak sambung part 3, tapi lepas masuk wangcyber, banyak otai2 yg berganda2 tere kat situ.. :D

    rasa kecik ja rasa..hehe :D

  12. Komen dari Dood · December 19, 2006 @ 6:05 pm

    nak jugak terlibat dlm dunia online ni, tapi provokative blog mcm aku punya bleh ke? kena cari idea lain ni, blog aku asyik org komen negative je.. hahahhaha…

  13. Komen dari Bat · December 19, 2006 @ 7:21 pm

    Dood, aku penah masuk blog kau, :) aku tgk sampai habis..mmg byk betul komen..haha..tak kisah la dood..setiap orang ada hak untuk bagi pendapat masing2..sama ada nak sokong atau bangkang..

  14. Komen dari trisno · January 3, 2007 @ 11:31 am

    bah gimana tukeran link nya awak orang indonesia ni ko rada bingung nih bah..saya suka tukeran blog ama siapa saja tolong bisa d linkkan punyaku ntar tak link balik ato kabari lewat email atau blog ya..

  15. Komen dari amirez · April 25, 2007 @ 1:14 am

    bagus betul post kali ni.paling xleh handle kucing tersipu2 malu tu eheh

  16. Komen dari Bat · April 25, 2007 @ 1:32 am

    @amirez: kucin tu aku minat sangat..haha

  17. Komen dari star · May 15, 2007 @ 10:31 pm

    Macam-mana nak buat ruangan komen ni dan upload kat blog.Boleh tolong x?

  18. Komen dari Bat · May 16, 2007 @ 8:08 am

    @star: kalau guna wordpress,automatik dah ada sekali..

  19. Pingback dari Apa itu blog « puisi · July 11, 2007 @ 2:13 pm

    [...] Blogging Part 2 unleashed! [...]

  20. Komen dari heru · July 28, 2007 @ 3:47 pm

    tolong kunjungi web saya….ya…………

  21. Komen dari lic4tdomroro · November 18, 2007 @ 6:55 pm

    lirelletoch

  22. Komen dari starline · November 18, 2007 @ 7:07 pm

    bagus la tips ni,sebab bloggers ni hidup dalam komuniti,so,kena tolong menolong.pelan2 kayuh,insyaALLAh mesti ramai punya orang kunjungi blog kita

  23. Komen dari taiko · December 18, 2007 @ 1:11 pm

    berapa bintang utk blog taiko korang nk bg? klik nma taiko utk masuk. erm, 1 tambahan utk org suka layan blog kita, kita guna ajax.

  24. Komen dari azmi · September 28, 2008 @ 4:34 pm

    den baru nak bolajo yo ni…..

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.