24 January 2012
Malaysian Web Designer
Buat masa sekarang, ada 2 orang web designer dari Malaysia yang bagi aku, lain dari yang lain. Lain dari yang lain dalam erti kata lain, ada gaya yang tersendiri—bila tengok hasil kerja masing-masing on spot boleh agak ini hasil kerja mereka tanpa fikir panjang. Bagi aku, bukan senang nak sampai tahap macam tu.
- Tommy Ng – http://www.tommyng.com
- Gaddafi Rusli @ Flisterz – http://www.flisterz.com
Sekadar pendapat peribadi. Perjalanan aku masih jauh kalau nak dibandingkan dengan dua orang di atas.
Projek Syok Sendiri ↵
Himpunan projek-projek syok sendiri yang aku buat/terlibat dari tahun 2006 sampai sekarang. Banyak template HTML ngan CSS, sebab benda tu ja yang aku minat dan reti, heh.
23 January 2012
Inspiration Vs. Imitation ↵
TO BE A GOOD ARTIST / letterer / designer / guitar player it takes practice. A lot of it. More than you can even fathom when you’re starting out. If you wanted to become a great guitar player, you wouldn’t buy a fancy guitar and immediately start composing songs… you would pick up a song book, or look up some tablature music on the internet, and teach yourself how to play using other people’s music. You would emulate the greats and learn from them, as they learned from others in the past. You’d spend hours alone trying to be like Jimi Hendrix or Jimmy Page or whomever you really admired. Then, once you were well practiced and felt confident in your abilities to play, you’d form a band, you’d write your own songs, and you’d find your own voice.
Teringat masa tahun 2006 dulu. Waktu tu baru mula nak berjinak dalam web design, dan memang banyak aku meniru waktu tu. Meniru sebab mata aku waktu tu belum tajam dan dapat tangkap lagi apa sebenarnya web design.
Sampai sekarang pun mata ni belum tajam, apatah lagi dengan ilmu aku yang tak seberapa lagi dalam web design. Bukan tamak dan tak bersyukur, cuma nak cakap yang makin dalam kita belajar, baru kita sedar yang banyak lagi benda yang kita tak tahu.
Itulah salah satu nikmat belajar. Berbeza dengan orang yang yang tahu meniru tapi tak mahu belajar; yang mereka dapat cuma satu, kepuasan jangka pendek.
Tiru, lepas tu belajar buat sendiri, itu OK.
22 January 2012
Kembali Mendaki
Pernah terjadi dalam hidup aku, terasa yang aku dah tak perlu lagi bersusah payah untuk capai sesuatu. Rasa macam dah cukup, hati dan perasaan pun selalu cakap, “Cukuplah tu Bat dengan apa yang ada dan kecap sekarang…”
Maka aku pun turut kata hati, dengan harapan dapat cari ketenangan. Betul, memang rasa tenang. Sesuai dengan perkataan orang putih, “Settled down”.
Tapi realitinya, bila dah tak sentuh dan amalkan apa yang kita tahu, berkarat jugak jadinya. Mulalah rasa gelisah, risau pun ada bila fikirkan balik betapa susah dan sakitnya perjalanan nak dapatkan sesuatu dulu.
Belajar ni orang cakap biar sampai ke liang lahad.
Jadi, kenalah mula balik. InsyaAllah =)
Peh, dah macam ustaz gaya aku menulis. Konon.
18 January 2012
Avoid at all cost

Modification / Restoration kereta lama(Proton Saga tahun 1990) sememangnya perkara yang mengasyikkan, dan melubangkan poket. Sekarang baru masuk fasa ke-4 dari 6 fasa keseluruhan.
Aku suka Proton Saga sebab inilah kereta ikon rakyat Malaysia, dan senang nak dapat sparepart.
Info: Proton Saga mula dilancarkan pada tahun 1985.
15 January 2012
Bermusim
Sifat manusia malas agaknya, mood buat kerja ikut musim. Tapi kalau hobi dan minat ikut musim pulak macam mana?
Macam mana nak maju kalau macam ni.
Yang benar,
Suka Ikut Musim
BAT
Hahaha…
8 January 2012
iPad?

Dah 2 hari guna iPad, tapi bukan aku yang punya. Itu iPad sekolah aku yang punya. Rumusannya, iPad sangat bagus untuk membaca. Tapi InsyaAllah kalau semangat aku kuat, aku tak beli iPad(buat masa sekarang). Lagi bagus rasanya guna laptop.
Sekian sahaja reviu yang langsung tidak membantu ini.
1 January 2012
Recap: 2011
Ahamdulillah, berjaya juga mengharungi tahun 2011. Sama seperti manusia lain di muka bumi, banyak insiden bermakna yang berlaku dalam hidup aku. Malas nak taip, barang yang lepas buat apa nak dikenang.
Tahun ni nak buat satu benda sahaja, FOKUS.
31 December 2011
Malaysia dan Teknologi Sepanjang 2011 ↵
Pembangun aplikasi tempatan juga memperkenalkan pelbagai aplikasi menarik sepanjang tahun, dengan memperkenalkan pelbagai aplikasi menarik, selain mana aplikasi berasaskan web seperti Faces.my, Tickade dan sebagainya terus mengukuhkan kedudukan.
Terima kasih Aman Firdaus sebab sudi selitkan tentang Faces. Selamat tahun baru 2012!
17 December 2011
Mari Belajar Guna Command Line ↵
This book is a crash course in using the command line to make your computer do things. As a crash course, it’s not as detailed or extensive as my other books. It is simply designed to get you barely capable enough to start using your computer like a real programmer does. When you’re done with it, you will be able to give most of the basic commands that every shell user touches every day. You’ll understand the basics of directories and a few other concepts.
Ini benda paling asas yang programmer patut tahu. Aku bukan programmer, tapi kena belajar jugak sebab seronok tengok Crynobone guna CLI masa setting Faces.
Psychology Into Conversions ↵
With this knowledge in hand (backed by real research), you will be able to prime people for positive actions, and increase your conversions in a consistent manner by tapping into the psyche of your potential customers.
Sesetengah orang sanggup bayar harga yang tinggi untuk dapatkan info macam ni.
16 December 2011
Nota Web Design #3
Diambil dari buku “Designing The Obvious” yang ditulis oleh Encik Robert Hoekman Jr. Kata beliau, perisian berasaskan web yang bagus, mengikut pengalaman beliau mempunyai beberapa kualiti seperti berikut:
- It conforms to the way users interact with the web, but focuses on the activity instead of a specific audience.
- It has only those features that are absolutely necessary for users to complete the activity the application is meant to support.
- It supports the user’s mental model of what it does.
- It help users to get started quickly so they can become intermediate users as soon as possible.
- It makes it easy to recover from mistakes and difficult to make them in the first place.
- It has uniformly designed interface elements, but leverages irregularity to create meaning and importance.
- It reduces clutter to a minimum.
Nampak mudah untuk diikut, tapi sebaliknya terjadi bila kita nak buat web apps sendiri(read: Faces). Kena banyak belajar lagi nampaknya.
15 December 2011
Pelaburan?
Berbaloi atau tidak kita mengeluarkan duit simpanan(atau lebih tragik lagi, buat pinjaman bank) semata-mata untuk join skim cepat kaya, MLM, seminar keusahawanan, buat loan ASB, beli emas, beli buku atau ebook, hatta beli domain atau pakej hosting?
Dan semuanya diletakkan di atas nama pelaburan, tanpa sebarang soal selidik terlebih dahulu?
Tepuk dada, tanya selera. Tapi kalau buat juga sebab terikut dan termakan pujukan orang lain(terutamanya kawan sendiri) tanpa usul periksa, anda sememangnya seorang yang ngok*.
Sekian, terima kasih.
*ngok = bengap
Menjaga Hati
Pesan Imam Ghazali:
Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.
Diambil dari blog Affuan. Terima kasih sebab tolong ingatkan.
14 December 2011
Don't be a Free User ↵
If every additional user is putting money in the developers’ pockets, then you’re less likely to see the site disappear overnight. If every new user is costing the developers money, and the site is really taking off, then get ready to read about those synergies.
What if a little site you love doesn’t have a business model? Yell at the developers! Explain that you are tired of good projects folding and are willing to pay cash American dollar to prevent that from happening. It doesn’t take prohibitive per-user revenue to put a project in the black. It just requires a number greater than zero.
Merujuk kepada artikel di bawah.